Kadang-kadang aku tak pernah terfikir bahawa alangkah best nya kalau musuh-musuh yang suka bermusuh dengan aku rasa depa dah menang dalam perjuangan nih...sebab depa lupa------penipu daya depa tak dapat lawan tipu daya Tuhan...ya. aku berani sebut TIPU DAYA TUHAN...sebab TUHAN tak terikat dengan kelemahan...apa yang Tuhan buat semua mesti kena...
Depa merancang tipu daya terhadap engkau, tapi Tuhan juga merancang tipu daya terhadap depa...dont believe me? Just trust with your faith...
Sama jugak macam dalam filem nih...mamat bernama Harvey ni ingat dia sudah lepas, dia sudah lepas dari tindakan undang-undang...dia rasa dia buat benda tu semua betul ikut nafsu dia...tapi malangnya...dia pun turut hilang lenyap sama macam budak-budak yang dibunuhnya malah "kehilangan" dia amat hina dina dan tercela!! Macam mana Tuhan hina dia dengan kematian yang tak masuk akal...macam mana dia fikir dia dah lepas dari hukuman manusia...tapi dia tetap tak terlepas dari hukum Tuhan...macam mana kecewanya bapak kepada Susie Salmon nih yang mati-mati nakkan keadilan pada anak dia...dan kecewa sebab dia tak berjaya...namun akhirnya...buku jumpa ruas juga...mamat Harvey yang haram jadah ni akhirnya mati dalam keadaan yang amat memalukan...tergelecek sikit aje tuh...
orang panggil benda nih hukum karma...aku?? aku rasa...ini bukan hukum karma...ini hukum cakerawala...bila dia mengembang, sudah pasti dia akan menguncup dan masa tu kau akan lihatlah siapa dia Tuhan...aku ke engkau?!
Aku teringat satu episod dalam The Twilight Zone..."The Execution of Grady Finch". seorang mamat nih kena hukum bunuh sebab dia dah tembak mati seorang pekedai runcit masa dia nak merompak kedai runcit seorang mamat Korean nih...anak pada mamat nih siap melututy, merayu pada mamat Grady Finch nih suruh dia mengaku...dan get on with it...malangnya dia tak nak mengaku...bila sampai masa nak hukum mamat nih...benda-benda pelik berlaku...kena inject dengan racun, tak mati...kena kerusi elektrik...tak mati...malah masa dia nak kena tuh...ada satu suara bisik kat dia - "Not Yet".
Masa tu dia rasa dah macam Tuhan dah...indestructible...punyalah poyo dia tak nak mengaku dia tembak mamat Korean tuh...sampailah mahkamah lepaskan dia sebab alasan teknikaliti...maka masa dia nak keluar dari bangunan mahkamah...dengan bangganya dia mengaku pada peguam dia...memang dia yang bunuh mamat tuh...dan dia kata..."ini semua ketentuan Tuhan"...dia kata Tuhan suruh dia buat cenggitu sebab Tuhan dah pilih dia...ha ha ha ha!!!
Memang Tuhan pilih dia pun!!!
Tuhan pilih dia untuk menjadi contoh...
bahawa...in the end...
DEATH WILL COME FOR YOU!!!