Disclaimer!

SILA GELAK SEPUAS HATI ANDA BILA MEMBACA BLOG SAYA...SAYA TIDAK MERASA OFFENDED SEDIKIT PUN...MALAH SAYA BERSYUKUR KERANA BERJAYA MENGHIBURKAN HATI ANDA DAN MEMBAWA SINAR BARU DALAM HIDUP ANDA...

I BELIEVE IN THE POWER OF GOOD AND EVIL AND WHAT YOU DID (LAUGHING YOUR ASS OFF AT MY BLOG) WAS SOMEHOW A BLESSING FOR ME...SEKURANG-KURANGNYA SAYA TAHU SAYA TIDAK KESEORANGAN DI DUNIA INI...SAYA ADA ANDA YANG GELAK PADA BLOG SAYA...

PLEASE DO NOT WORSHIP ME, I AM NO GOD...YOU ARE A GOD OF YOUR OWN SELF AND YOU SHOULD BE PROUD OF YOURSELF...I AM NOT MADE TO BE WORSHIPPED, IF YOU FOUND THAT I AMAZES YOU WITH MY STUPID ANECDOTE, BE AWARE THAT YOU ARE NOT AMAZED AT ME, BUT YOU ARE AMAZED AT GOD HIMSELF...SETELAH MENDAPAT HIKMAH MAKA PUJILAH TUHANMU...ALHAMDULILLAH...ITU AJE PERMINTAAN SAYA...


...sebenarnya engkau sendiri tak tau apa kau nak sehingga - God shove it to your face!


sebenarnya aku cuba memujuk hati aku dan diri aku dengan menonton filem nih...filem nih ialah filem yang mengajar kau tentang apa dia fungsi kau sebagai manusia...bila Tuhan bagi kau satu tanggungjawab yang amat berat...mampukah kau buat? Jawaban dia...sudah semestinya kau mampu sebab Tuhan yang buat kau jadi Dia tahu apa Dia buat! kau duduk diam-diam aje...

Oliver Trinke ialah seorang career person yang sibuk dengan karier dia...dia terlalu sibuk sampaikan dia lupa bahawa fungsi dia dalam dunia bukan untuk benda-benda yang dia kejar tuh...dia berjumpa dengan Gertrude yang akhirnya "meninggalkan" dia dengan seorang baby pompuan yang sangat comel...

Sebab dia dah patah kaki, dia terpaksa jaga anak dia sorang-sorang dan dia marah, menyumpah dengan keadaan dia ketika itu sampailah dia kena buang kerja sebab mulut dia sangat cabul mencerca seorang selebriti bernama Will Smith...

...dan dia pun balik kampung duduk dengan abah dia dan jaga anak pompuan dia sampai tiap-tiap hari dia kena leter dengan abah dia sebab Oliver nih masih berangan nak hidup dia yang lama...

Itulah...kadang-kadang kita rasa benda yang kita suka buat tu ialah benda yang best dan sesuai dengan hidup tapi sebenarnya bila Tuhan ambik semua tuh, maka mati kutulah kita...aku faham dan amat mendalami perasaan mamat nih sebab aku pun berada dalam situasi yang sama ketika ini...it is funny how a simple movie like this can remind you of something...

Kadang-kadang apa benda yang Tuhan tarik dari kau tu sebenarnya bukan suka-suka Dia nak ambil..tapi Dia nak bagi kau sedar tentang benda yang paling mulia dalam hidup kau dan paling membahagiakan kau...macam mamat Oliver nih...dia kena buang kerja...menyebabkan dia ada banyak masa untuk layan anak pompuan dia yang sangat comel...dan Tuhan juga ambik kerja aku sebab Dia nak aku luangkan masa dengan anak lelaki aku yang makin hari, makin bijak dan pandai...hubungan aku dengan anak lelaki aku makin akrab dan dia sayang kat aku sebagaimana aku sayang kat dia...

Kadang-kadang Tuhan ambik sesuatu kat kau...Dia nak kau sedar bahawa ada benda yang Dia bagi special kat kau dan Dia nak kau sedar benda tu Dia bagi kat kau tak sia-sia.

dan akhirnya...

'LOVE IS THE DANCE OF ETERNITY"

and then some!



Wikipedia

Search results

Powered By Blogger

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...