Sebuah filem yang sangat memberikan pengajaran...sesuai dengan pepatah - "a man who is lost at sea". Allegorinya sangat menarik dan menginsafkan jiwa yang sangat kerdil di sisi Allah Taala.
Filem ini macam juga filem The Life Of Pi, menggunakan lautan luas sebagai satu bentuk pemahaman suffiyah tentang apa yang dinamakan kehidupan dan bagaimana cantiknya kehidupan ini di mata para penolong agama Allah yang melihatnya dari sisi penglihatan Tuhannya yang satu. "I and the father are one".
Mamat nih dah tersesat dalam gelora dan gelombang lautan yang sangat ganas dan kita dapat melihat dari struggle mamat nih untuk terus hidup dan survive dalam cabaran dan dugaan Tuhan yang sangat dahysat...bayangkan, kau dapat survive ke kalau kau seorang ajer di tengah laut dan tak ada siapa bersama dengan kau...mungkin kau akan jadi gila dan commit suicide, sedangkan Dr Robert Neville dalam I Am Legend pun akhirnya kecewa dan menyumpah seranah keadaannya dan hampir-hampir nak commit suicide...inikan pulak mamat dalam filem nih...
aku nampak struggle mamat ni dengan keadaan dia...dia tak give up, tak putus asa...dan sebenarnya itulah alasan Allah Taala bilamana malaikat persoalkan Dia, kenapa Dia nak cipta khalifah di kalangan manusia..."sebab Aku tahu apa yang engkau tak tahu". Manusia yang kebal ialah manusia yang selalu mengharap pada Tuhannya dan tidak pernah sekalipun putus asa walaupun kadang-kadang mereka ni tersasar dari jalan kebenaran...tapi setiap kali manusia tersasar, Tuhanlah yang akan menetapkan manusia ni balik ke jalan benar sebab...Tuhan dah tahu...manusia ni ialah - SURVIVOR!!!
dan bilamana dialog awalnya (hanya ini aje dialog yang diungkap dek mamat nih...) menunjukkan dia dah redho dan pasrah akan keadaannya bilamana dia dah berusaha dan bunyinya begini -
"I'm sorry. I know that means little at this point, but I am. I tried. I think you would all agree that I tried. To be true, to be strong, to be kind, to love, to be right. But I wasn't." He declares that, "All is lost."
dan bilamana juga dia tenggelam dalam lautan yang dalam tuh, dia dah redho dan pasrah dengan ketentuan Ilahi, Tuhan dia yang menghidupkan dan mematikan dia, maka ketika itu jugalah Tuhannya menyelamatkan dia!!!
Kita kaji balik ayat-ayat mamat tu di atas...dia dah mencuba sedaya upaya dan mencuba untuk survive, namun demikian dengan takdir dan nasib dia yang nampak macam tak ada makna untuk dia teruskan lagi...maka akhirnya dia kata "aku dah cuba, tapi aku rasa aku masih belum kuat mencuba"...dan bilamana kita merendahkan diri dan menyatakan kehinaan kita kepada Allah Taala, maka ketika itulah kekuatan akan datang kepada kita dan pertolongan Allah datang untuk menyelamatkan kita!!!
Samalah keadaannya macam aku 11 Februari 2014 lepas, aku di discharge oleh peguam aku sebab dia tak berani nak lawan kes aku pasal peguam negara dah keluar citer pasal aku sakit mental...maka terkapai-kapailah aku dengan tak ada submission dari peguam, tak ada affidavit jawaban...dan akhirnya...ketika aku termenung sorang-sorang dan merasa redho dan pasrah akan ketentuan Allah yang akan datang kepada aku, yakni hidup susah lepas ni pasal dah tak ada harapan...maka dengan sekelip mata, aku bangun dari tempat tidur aku, aku buka laptop...dan aku menulis...
...dan akhirnya pada 11 Februari 2014, kejayaan besar Allah berikan pada aku...dengan tak ada peguam, dengan termangu-mangu keseorangan...maka tatkala datang wakil peguam negara pada aku...dia cakap benda nih - "Encik Shaffarizan, kita ni dari Kamar Peguam Negara, nak mintak izin tuan delay sessi hearing kes ni sebab kita nak reply affidavit kedua yang tuan hantar empat hari lepas"...
ALLAHUAKBAR!!!!!
aku rasa nak menangis!!! aku tak tahu apa yang aku tulis pada pagi 7 Februari 2014 tu mempunyai impak yang sangat kuat sampaikan peguam negara minta tangguh lagi buat kali ketiga!!! Depa ambik masa tiga bulan nak jawab affidavit pertama aku, dan aku ambil masa setengah jam untuk jawab balik affidavit depa dan hantar kat depa dalam masa satu hari...ya Allah...keajaiban apakah ini??? Bukan ada apa pun affidavit aku tuh...hanya menyatakan KEBENARAN YANG HAQ!
dan ketika sessi dalam kamar hakim, aku menyaksikan bagaimana ALLAH hina orang-orang yang mendajal aku dengan kemarahan dari tuan hakim yang mulia yang telah ada keputusan dalam fikiran dia dari insiden 11 Februari lepas dan aku harap keputusan hakim memihak kepada aku Insya Allah!!!
Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Makkah) mengeluarkannya (dari negerinya Makkah) sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: "Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita". Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya. Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya), dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Surah At-Taubah, Ayat 40
dan sebenarnya, beruntunglah manusia yang mendapat kasih sayang dari Tuhannya dan menghargai kasih sayang dari Tuhan yang tidak ada tolok bandingannya!!
Allah Maha Agung!!!!