I was never a big fan of Micheal Jackson...itulah kebenarannya...sebenarnya aku hanya minat beberapa buah lagu dia aje...namun demikian...entah macam mana bila aku nampak DVD nih, aku beli jugak walaupun serius aku bukan peminat dia yang sangat tegar...dan akhirnya bila aku melihat dokumentari nih...aku merasakan ada satu aura dan kekuatan dalam "diri" seorang mamat bernama Micheal Jackson nih...tak sangka dalam orang kata dia ni macam bapuk...dia ada TIGA orang anak yang sangat comel!! ha ha ha! dont judge a book by his cover.,..especially Micheal Jackson!
Tuhan memberikan petunjuk dan hidayah kekuasaannya di mana-mana kalau kita buka pintu mata hati dan menilai...dan seorang manusia bernama Micheal Jackson ni ialaj epitome kisah kemanusiaan yang tiada penghujung...pedulikanlah samada dia ni dah masuk Islam ke atau masih kafir ketika dia mati...yang kita mahu lihat dari ikon dunia ni ialah semangat dia dan kekuatan dia menghadapi kontroversi dan sepak terajang manusia yang sememangnya ramai yang ada perasaan hasad dengki dan khianat terhadap apa yang Tuhan kurniakan kepada seorang manusia dalam bentuk kelebihan akal mahupun kelebihan dunia dan akhirat.
Serius...aku tak pernah menangis bila aku tengok dokumentari...namun dokumentari ni sangat kuat aura dan kebijaksanaanya bercerita dengan penuh minat tentang seorang individu Raja Pop bernama Micheal Jackson nih...dari kecik dia join The Jackson 5 sampailah akhir hayat dia...penuh inspirasi dan kenyataan bahawa..."kau nak jadi apa...jadilah! sebab kau ada kekuatan dan pilihan"...dan itulah trait asas mengenal diri sendiri dan kekuatan dalaman macam mamat nih...
Seriously aku tak pernah tau mamat nih pernah kena hadap dengan dua tuduhan "mencabul kehormatan" budak kecik dan macam-macam tuduhan zalim terhadap dia...dan aku kagum macam mana dia menghadapi benda tu semua...sebab dia tau dia ada satu "kekuatan" yang dia yakin Tuhan bagi tu special untuk dia...menyebabkan dia tau dia seorang yang lain dari yang lain dan dia akan tetap cekal dan tabah menghadapi semua benda celaka dalam dunia nih...memang aku kagum!!!!
Satu benda aku nampak pada orang-orang berbakat dan berdarjat mulia di dunia macam Micheal Jackson ni ialah...dia seorang yang sangat baik, sangat murah hati dan sangat penuh perasaan kasih sayang...sampai perasaan kasih sayang dia kepada dunia disalahanggap dan makan diri dia balik...
sesungguhnya aku respek Micheal Jackson bukan pasal dia terer menyanyi atau terer menari...aku respek dia sebab dia seorang MANUSIA!
moga-moga Allah meletakkan dia dalam kalangan orang-orang yang berjaya di akhirat kelak!!!
'HEAL THE WORLD"
and then...gone too soon!!!