Disclaimer!

SILA GELAK SEPUAS HATI ANDA BILA MEMBACA BLOG SAYA...SAYA TIDAK MERASA OFFENDED SEDIKIT PUN...MALAH SAYA BERSYUKUR KERANA BERJAYA MENGHIBURKAN HATI ANDA DAN MEMBAWA SINAR BARU DALAM HIDUP ANDA...

I BELIEVE IN THE POWER OF GOOD AND EVIL AND WHAT YOU DID (LAUGHING YOUR ASS OFF AT MY BLOG) WAS SOMEHOW A BLESSING FOR ME...SEKURANG-KURANGNYA SAYA TAHU SAYA TIDAK KESEORANGAN DI DUNIA INI...SAYA ADA ANDA YANG GELAK PADA BLOG SAYA...

PLEASE DO NOT WORSHIP ME, I AM NO GOD...YOU ARE A GOD OF YOUR OWN SELF AND YOU SHOULD BE PROUD OF YOURSELF...I AM NOT MADE TO BE WORSHIPPED, IF YOU FOUND THAT I AMAZES YOU WITH MY STUPID ANECDOTE, BE AWARE THAT YOU ARE NOT AMAZED AT ME, BUT YOU ARE AMAZED AT GOD HIMSELF...SETELAH MENDAPAT HIKMAH MAKA PUJILAH TUHANMU...ALHAMDULILLAH...ITU AJE PERMINTAAN SAYA...


"dan sesungguhnya kosongkanlah dirimu"


Katanya...ini filem diadaptasi dari sebuah novel yang diaspirasikan dan diinspirasikan dari sebuah kisah benar tentang sebuah pekan yang sangat dhoif di India...sebenarnya filem ni sangat lama dan sangat klasik serta mungkin tak do ehhh keluar bluray dia...yang DVD ni pun aku rasa rare edition nih sebab aku beli DVD ni dalam tahun 2004 macam tu laaa...

Ini filem masa pertama kali aku tonton, masa tu aku tonton dengan seorang awek yang senior aku dua tahun dekat Uitm...aku kenal awek tu pun masa aku kerja dekat 7 Eleven, awek tu major engineering...entah aku tak tau mechanical ke electrical aku pun tak tanya...lepas aku balik dari tengok movie tu dengan dia...ada ke patut dia cakap aku nih mamat bunga??? aduhai...,mungkin dia salah faham agaknya atau mungkin itu pick up line dia nak ngorat aku, seriously aku cakap...zaman aku muda dulu memang ramai awek yang kecundang dengan ketampanan aku ha ha ha ha!! errr...sebenarnya aku tau...kebanyakan awek memang jaki dengan lelaki yang 6' 2" macam aku nih ha ha ha ha! membuatkan depa terpaksa mendongak kalau nak cakap dengan aku...

entah! aku pun tak tau part mana dalam movie ni yang awek tu kata ada nilai-nilai romanticisme sebab setau aku filem ni ada nilai shock horror semulajadi yang tak perlu guna hantu dan zombie untuk kau rasa ketakutan dan kesialan tuh...ini ialah sebuah filem yang sangat "jahat" dan menggambarkan "kejahatan" dan sampai satu tahap mana seorang manusia itu boleh jadi jahat...

dan sebenarnya engkau sebagai pemimpin memang jahat kalau ada lagi kelompok yang dhoif dan susah keparat macam penduduk dalam bandar Anand Nagar nih...sebelum ada Slumdog Millionaire...filem nih dah menggambarkan tahap dhoif dan gampang penduduk-penduduk di India...tapi sayang tak menang award pun!!!

Seorang mamat yang baru gagal dalam pembedahan yang mengambil nyawa pesakitnya telah melancung ke kawasan yang paling dhoif di India dan cuba belajar dari penduduk-penduduk di sana, maka di sana dia belajar macam mana nak menghargai kehidupan dan segala isinya bilamana dia melihat dengan mata kepala dan mata hati dia sendiri bagaimana penduduk-penduduk yang dhoif dan miskin mampu survive dan hidup dalam keadaan yang sangat bersyukur...


...dan setelah Max Lowe (doktor tuh) mengalami satu insiden yang menyebabkan dia ditipu oleh seorang cheap prostitute dan dibelasah separuh mati...dia telah diselamatkan oleh seorang penarik beca (pengangkat beca sebenarnya) yang telah membawa dia ke sebuah tempat bernama "The City Of Joy"...di situ dia belajar menghargai kehidupan kerana dia melihat penduduk-penduduk disitu walaupun sangat dhoif tetapi telah "melihat Tuhan" dan merasa sangat bersyukur dan berbangga kerana telah diberi nyawa dan kehidupan walaupun sangat dhoif.

Filem nih mengajar aku bahawa...hanya orang-orang yang "empty" dan "kosong" tidak punyai materialiti sahaja yang mampu "melihat Tuhan" kerana disitu dia telah melepaskan segala kebendaan dan dia menuju kepada Tuhan dengan jalan yang amat diredhoi...

...dan akhirnya baru aku faham kenapa awek tu cakap aku ni seorang yang romantik...sebab aku rasa dia ternampak aku menitiskan air mata masa aku menonton wayang tu...

HA HA HA HA HA HA HA!!!

Wikipedia

Search results

Powered By Blogger

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...