Zaman aku sekolah masa kecik dulu memang aku biasa kumpul kad-kad bergambar yang ada gambar kamen rider dan space cop gaban zaman-zaman kuno jepun (orang jepun gelar zaman Showa, zaman tak ada special effect canggih dan tipuan kamera)...masa aku sekolah dulu TV kat Malaysia ni mana ada tayang citer-citer macam nih...aku berangan dan membayangkan hero-hero aku ni dengan tengok "trading card" depa aje laaa...
Tapi bila dah besar bagak dah jadi bapak orang ingatkan dah tak main lagi dah tengok citer kartun macam nih sebab dah tua kan? Malangnya dengan kemajuan teknologi dan bajakan video yang mudah di dapati di kedai dan juga download kat torrent, maka mudah dan senanglah aku nak tengok citer superhero jepun kegemaran aku nih...
Aku mula cenderung kepada citer nih masa zaman-zaman awal era Heisei Kamen Rider dimulai dengan Kamen Rider Kuuga...pertama kali beli VCD cetak rompak kat pasar malam, tengok episod pertama citer nih...aku rasa macam best aje...sebab citer dia memang tak sama dengan jalan citer Kamen Rider zaman Showa, sebab citer zaman lama dia macam bangang aje...sikit-sikit sindiket jahat nak takluk dunia laa, lepas tu bapak setan nak jahanam manusia laa...sterile dan statik tak ada perasaan...lepas tu hero dia pulak kering hati...jenis tak ada perasaan...dia fikir nak lawan, lawan dan lawan tak ada konflik dan tak ada pemikiran untuk difikirkan...bosan!!!
Tapi bila aku menonton Kamen Rider zaman Heisei ni aku rasa teruja dan seronok setiap kali tonton dan aku ulang tonton sebab merasakan pengajaran dan mesej kemanusiaan dan kebangangan kemanusiaan tu amat mendalam dan begitu tragik kadang-kadang, citer dia lebih "ruh" dan lebih memberangsangkan dengan pelbagai konflik dalaman manusia dan kemanusiaan lebih-lebih lagi dalam citer ni ada satu macam magis yang membuktikan Tuhan tu wujud.
Kamen Rider Ryuuki ialah siri ketiga Kamen Rider dalam zaman Heisei, kalau Kamen Rider Kuuga tu lebih kepada analogi tentang "bangsa Yahudi" yang jahat dan zalim dan Kamen Rider Agito pulak pasal manusia dan tuhan...tapi Kamen Rider Ryuuki ni lebih menyuntik nilai kasih sayang kemanusiaan dan juga sifat manusia yang kadang-kadang melampaui batas.

Seorang mamat wartawan yang sengal dan bengap bernama Shinji Kidou telah berusaha untuk mengetahui rahsia tentang satu fenomena bagaimana raksasa dari dalam cermin yang selalu mencari makanan di dunia realiti dan satu konspirasi gelap yang selama ini mengancam kesejahteraan dan keselamatan awam. Walaupun mamat ni nampak macam bangang, bengap dan bebal tapi dia ada satu "ruh" dan "jiwa besar" yang sanggup berkorban untuk melihat kesejahteraan hidup orang lain. Mamat ni terjebak dalam "perang rider" yang mana matlamat utama kesemua 13 ekor rider yang telah dipilih akan bergaduh dan berbunuh sesama sendiri untuk mendapat satu "prize" yang amat berharga --- iaitu menjadi Tuhan dan menentukan jalan cerita mereka sendiri. Walaupun 12 ekor rider tu dipilih oleh bapak setan yang merupakan abang kepada seorang perempuan yang sangat gifted, hanya mamat bernama Shinji Kidou nih yang sangat bangang dan gatal tangan masuk campur dalam hal "perang rider" nih...sedangkan orang lain berperang atas kehendak dan nafsu diri sendiri...mamat bernama Kidou ni berperang sebab dia nak selamatkan semua orang...wau!!! such an inspiration!!! mana nak jumpa orang macam nih!!!
Dan akhirnya kita melihat mamat ni kecundang dalam perang nih...tapi walaupun dia kecundang...dia berjaya menyedarkan kawan karib dia tentang perkara-perkara yang penting dan perlu dalam hidup...
...dan akhirnya kita lihat...dalam kecacamarbaan dunia ni sebenarnya Tuhan dah buat satu keindahan yang semulajadi dalam hidup...
dan sebenarnya banyak benda kita boleh belajar dari citer kartun Jepun macam nih!!!
Insaf!!!