Aku tak pernah merasa tersentuh dan mengalirkan air mata bila aku menonton filem autobiografi macam nih...memang pembuat filem nih menyampaikan mesej dengan sangat baik.
Seriously, semua orang suka seks, seks ialah satu benda yang buat engkau get off, engkau tonton filem porno sebab engkau suka dengan seks, engkau seronok dengan seks dan sebenarnya seks itu ialah fitrah engkau yang Allah Taala bagi for free...but not the freedom of sexual expression...itu salah, sangat salah!
Linda Susan Boreman telah menulis satu autobiografi tentang macam mana dia boleh terjebak dalam industri filem porno era 70an dan bagaimana dia tersalah gaul dengan manusia setan yang tak ada nilai moral yang sangat baik - Chuck Traynor.
Dia pernah mengadu dengan mak dia, tapi mak dia cakap..."itu laki kau, kau kena dengar cakap laki kau!"...dan seperti seorang perempuan yang zahirnya sangat lemah maka dia terpaksa akur juga dengan nasihat mak dia yang sangat tak ada guna bagi dia...
Maka terjebaklah dia dalam filem porno yang buat duit sampai USD600 juta, tapi dia cuma dapat USD1,250 aje...aduhai!!!
Namun demikian, satu kelebihan dia ialah filem tu berjaya buat dia jadi legenda dan dikenali seluruh dunia...errrr...aku tak pernah tengok movie nih, mana nak dapat dicari dalam Malaysia nih...tapi kalau ada mahu jugak aku tengok...apa yang bestnya movie ni...sebab dari komen kat net depa kata filem ni sangat kelakar...ha ha ha ha!!! iyolah tu!
Namun demikian aku sangat respek dengan American Family sebab walaupun anak dia dah tersasar macam tu tapi aku nampak kasih sayang seorang bapak yang tidak ada prejudis dan sucinya kasih sayang bapak dia sampai dia sangat sayang dengan anaknya dan dia cuma meluahkan rasa kecewa sebab anak dia macam tu, dia tak nampak kesalahan anak dia tu sebagai satu kesalahan besar sebaliknya bapak dia nih merasakan mungkin dia tersalah didik anak dia dan mungkin dia rasa ada didikan dia yang tak cukup...padahal bapak si Linda ni tak tau itu semua berpunca dari mak dia yang sangat naive dan lurus bendul!
Aku nampak dari filem nih, satu keluarga yang sangat supportive dan tidak peduli apa benda pun yang berlaku kat ahli keluarga depa, depa sangat sayang ahli keluarga depa dan depa sangat merasa terpukul kalau salah seorang ahli keluarga depa tersasar dari jalan yang benar...sebab aku rasa bukan sebab American ni semua open minded, aku rasa bukan sebab tu...tapi sebab depa tahu apa dia erti hidup dan macam mana kita kena lalu macam-macam pancaroba dalam hidup...aku rasa pengalaman hidup orang US sangat berbeza dibandingkan dengan orang Malaysia...orang US sangat tidak sensitif sebab depa semua sudah mengenal "dunia" dan "isi"nya...mungkin sebab agama depa dah ajaq depa lagu tuh...inilah contoh orang yang redho dan tawaddhuk...tak macam kita ni yang kononnya agama kuat...tapi silap sikit...hukuman mengalahkan Allah Taala...errr...kalaulah benda ni terbalik...dan kalaulah orang-orang di US ni diberi petunjuk...dan mendengar petunjuk tu...aku rasa they will become the most perfect being since Nabi Adam!!!
aduhai...aku tak pernah nangis tengok filem biografi macam nih...seriously aku merasa sangat inspired bila melihat bapak Linda Lovelace yang sangat penyayang dan sangat memahami anak perempuannya...I am going to be that kind of father...not that hateful one!
gracias!