Aku teringat dengan kata-kata hikmah bekas boss aku...dia kata - "Tuhan jadikan dunia ni untuk dijahanamkan manusia"...dan aku tambah..."...dan alien" (sebab nak bagi bunyi dia politically corect sikit!)...sebenarnya semalam sekali lagi aku menonton filem nih dengan wife serta anak aku sebab semalam kan cuti umum...walaupun aku dah "semi permanent vacation" sebab dah kena buang kerja dengan SPP...tapi itu tetap tidak mematahkan semangat aku untuk berfikir dengan waras...
Sebenarnya "the spirit of truth" disampaikan kepada manusia secara berperingkat-peringkat...kenapa?? sebab keadaan manusia itu sendiri yang selalu lupa...dan juga keadaan "material" manusia yang diperbuat dari tanah yang selalu berubah keadaannya dan sifatnya...makanya kalau Tuhan bagi petunjuk tu selonggok dengan manusia maka tak mungkin manusia ni boleh terima semuanya sebab manusia ni kan pelupa??
Makanya kenapa dalam filem ni Clark Kent dinasihatkan oleh bapak angkatnya supaya "man man" dan jangan gelojoh sangat memperkenalkan diri kepada manusia? sebabnya nanti mungkin manusia akan terkejut beruk dan rasa lemah segala-galanya bila depa nampak depan mata depa sesuatu yang depa tak dapat comprehend...harus diingat ketika Adam turun ke bumi..."pakaian taqwa" dia dah terlucut jadi sebenarnya di sisi Allah Taala Adam tu sangat naked...huhuhu!!!
Makanya filem ini mengambil analogi tentang perjanjian setan dengan Tuhan...General Zod di analogikan sebagai bapak setan yang berusaha sedaya upaya untuk mengangkat darjatnya dan kaumnya di dunia...thus making earth as hell on earth...aku teringat dan rasa hiba bilamana Zod berkata kepada Superman - "sebab kau sayang gila ba** dengan manusia-manusia keparat nih...aku akan jahanamkan depa semua depan mata kau"...ada tak sama dengan dendam kesumat yang disampaikan dek setan kepada Tuhan yang satu?? sama...kan??? Makanya aku merasa terkesan dan insaf buat selama-lamanya kerana perumpamaan dalam filem ni memang sangat syahdu dan mengasyikkan ruh dan jiwa aku ha ha ha!!!
...dan Superman, sebagai simbolik kepada kasih sayang Allah Taala kepada manusia...tetap utuh dengan janjinya untuk membawa manusia kepada satu perpaduan dan 1Malaysia...ha ha ha ha!!...dan sebenarnya watak Superman ni memang wujud dalam hati setiap manusia yang mahukan kebaikan dan mengagungkan kuasa Tuhan...he he he!!!
...dan ketika Faora berkata kepada Superman, "satu nyawa yang kau selamatkan...berjuta-juta manusia aku ambik balik nyawa depa"...aduhai!!! sentimen...sentimen...sentimen!
...dan Zack Snyder tetap utuh dan teguh dalam menyampaikan mesej kepada manusia yang mahu insaf macam aku ha ha ha ha!!
and then...ap kejadd???