Judge Dredd ialah ibarat firman Tuhan versi Old Testament manakala Judge Anderson (sorang pompuan yang sangat ayu!) ialah firman Tuhan versi New Testament! Kedua-dua ahli penghakiman ni dah terperangkap dalam satu blok yang dikuasai oleh seorang kingpin yang dulunya seorang pelacur murahan yang sangat zalim dan kejam. Entah macam mana Judge Dredd terpaksa babysit seorang mutant yang dikatakan oleh superior dia sebagai "tak ada masa depan" dan blur serta tak layak jadi Judge sebab dia fail macam-macam...makanya terpaksalah si Dredd ni menjadi babysitter pompuan bernama Judge Anderson nih...dan berlakulah aksi-aksi hebat yang sangat kejam dan zalim.
Aku merasakan ada satu pengajaran bermakna dalam hakikat kejiwaan seorang mutant yang tak ada masa depan bernama Judge Anderson nih...walaupun dia seorang mutant, tapi dia ada satu benda yang Dredd tak ada...iaitu - COMPASSION!
Dalam filem nih, satu pengajaran yang amat bermakna ialah kita yang menontonnya dengan mata hati (tanpa mahu tunggu samada si Olivia Thirlby ni nanti ada ke nak tayang ke%%%tit dia dengan kita) akan melihat perbezaan firman Tuhan versi Old Testament dengan New Testament...sebab kalau kita selalu baca Bible kita akan lihat perbezaan dua-dua Testament nih...sebab apa?? Adakah sebab Tuhan tu nak tunjuk zalim Dia masa zaman-zaman Yahudi kuno tuh? Aku fikir sebab perubahan zaman sebenarnya...zaman Yahudi Nabi Musa dengan Daud, kaum Yahudi nih terkenal dengan kebangangan sampaikan nak dibagi petunjuk kena ditunjuk betul-betul depan mata...sampai ke satu hakikat di mana kaum Yahudi nak tengok sendiri rupa Tuhan tu macam mana...dan sebab Tuhan maha mengetahui kehendak orang-orang Yahudi ni maka dia pun tak ada masalah, dia tunjukkan jugak rupa Dia pada Nabi Musa...malangnya...apa jadi? cer baca Quran dan tahu sendiri lah apa jadi lepas tu kan?
Disebabkan kaum Yahudi ni sangat manja dan sangat bebal dan kedegilan kaum Yahudi nih laa sebabnya Tuhan tunjuk dan bagi apa-apa benda yang depa nak...macam zaman Old Testament, Tuhan jahanamkan satu satu kaum tu on the spot (macam Judge Dredd gak aahhh), sebab kaum-kaum kuno ni dapat petunjuk sebijik-sebijik dan depa pick up cepat dan faham cepat...itu sebab kalau depa salah jalan jugak...tiada maaf bagi mu..."I am the judge, the jury and the executioner!"...kiranya Dredd ni umpama macam Tuhan versi Old Testament...
Berbeza pulak dengan firman versi New Testament, macam Judge Anderson tu, kira versi ni ada sikit tolak ansur, kasih sayang, compassion dan mata hati yang jelas...itu sebabnya zaman Nabi Isa, ketika diturunkan wahyu dan gospel kepada Nabi Isa, kaum dia tak mintak nak tengok Tuhan dengan mata kepala depa sebab depa dah kenal dah Tuhan dan dah "nampak" Tuhan melalui mata hati yang sangat dalam...depa dah nampak Tuhan melalui sifat dan sikap Nabi Isa...itu sebab depa kata Nabi Isa tu macam Tuhan - "god made man in His image"...tak salah...cuma salahnya bila kita yakin Jesus tu Tuhan aje...itu dah kira salah laa tuh!
dan berbalik kepada filem nih...sebenarnya kedua-dua Judge yang terperangkap dalam blok Peach Tree tu sebab depa nak kita lihat beza menghukum dengan mengadili...kalau menghukum, semua orang boleh menghukum...dan Judge Anderson ialah seorang pengadil yang bijaksana (sebab dia sendiri kasi tau Dredd dia tak layak jadi hakim sebab dia tau memang dia tak layak nak hukum orang) bilamana dia merasa penyesalan atas kegelojohan dia membunuh seorang lelaki yang ada anak bini...dia merasa satu pukulan dari Tuhan yang nak mengajar dia faham perasaan compassionate dalam diri dia...
...dan akhirnya Judge Anderson keluar dari blok itu dengan satu pengakhiran yang baik...dan memahami serta mengenali siapa diri dia yang sebenar sehinggakan Judge Dredd sendiri belajar dari kesilapan...dan meluluskan Judge Anderson sebagai seorang pengadil yang berbudi pekerti luhur...ha ha ha ha!!!
Sesungguhnya hanya orang yang mahu nampak sahaja akan nampak...dan faham pada akhirnya seperti Judge Anderson nih...