Filem yang menjadi ikutan dengan menggunakan premis "lost footage" sebagai plot cerita, maka penerbit filem ini berjaya mengaut publisiti murahan dan pernah ditangkap oleh pihak berkuasa kerana filemnya dikatakan benar-benar ada babak pembunuhan yang sebenar.
Entahlah, bila aku menonton filem ni banyak babak yang aku forward kan sebab aku sendiri tak tahan hati nak tengok filem ni, memang ini filem yang amat naif dan basic, maksud aku basic dari sudut perlakuan manusia itu sendiri.
Filem ini juga mempersoalkan tentang ketamadunan dan apa yang akan berlaku bilamana manusia bertamadun dan maju pemikirannya masuk ke dalam dunia manusia yang jumud dan kolot?? Filem ni membayangkan bahawa tak semestinya kau maju dalam berfikir kau boleh bawak pemikiran maju dan berjaya kau ke alam primitif.
Begitu juga kalau kita terlalu pandai jangan kita memperbodohkan orang lain seperti para pengkaji dalam filem ni yang membuat sesuka hati mak bapak dia aje bila dah masuk kampung orang, konon nak menyekolahkan manusia primitif, tapi akhirnya sebab dah rasa terlalu hebat sangat akhirnya...kena makan...jadi lauk...
errrrhhhhhh...ngeri sungguh filem ni.
