Jalan cerita meleret-leret dan plot yang entah apa-apa agak mengecewakan aku...filem ini beraspirasi besar namun sebenarnya apa yang hendak ditonjolkan...aku pun confuse...
Namun demikian juga, ada pengajaran yang perlu dititikberatkan sebagai seorang penonton filem yang tidak berat sebelah. Aku menganggap mesej dalam filem ini ialah "keyakinan"...meyakini sesuatu dan mempercayainya dengan sepenuh hati. Tiada siapa yang memaksa kita mahu percaya kepada apa yang kita mahu percaya jadi sebenarnya sepotong ayat Quran - tiada paksaan dalam beragama, itu adalah titik tolak kepada kebenaran.
Filem ini cuba membuai perasaan kepada "penafian", menafikan kebenaran yang nampak jelas di hadapan mata. "kebenaran" ialah sesuatu yang tidak boleh ditipu dan menipu cuma persepsi kita kadangkala "menafikan" apa kejadah yang kita lihat, rasa mahupun fahami.
Dr. Margaret Matheson cuba menafikan wujudnya paranormal side of life dengan cuba membongkar dan mendedahkan pembohongan namun sebenarnya dia tidak menyedari bahawa paranormal itu ialah sesuatu yang wujud dihadapan dirinya dan dia sendiri tak mampu menafikan "kebenaran" itu sehingga ke akhir hayatnya.
Tom Buckley pula ialah seorang physicist yang cuba mencari "kebenaran" dan apabila menjumpai "kebenaran", tidak dapat menerimanya dan "membutakan" mata hatinya dari menerima "kebenaran" dengan yakin.
Simon Silver, seorang psikik yang amat arrogan dan yakin bahawa dia mempunyai satu kuasa yang mampu menundukkan, namun akhirnya terpaksa tunduk kepada "kebenaran", bahawa ada orang yang lebih hebat dari dia...
dan akhirnya ketiga-tiga watak ini lebur dalam satu hakikat keyakinan bahawa...Tiada Tuhan Melainkan Dia.
an inspiring movie indeed...
