Disclaimer!

SILA GELAK SEPUAS HATI ANDA BILA MEMBACA BLOG SAYA...SAYA TIDAK MERASA OFFENDED SEDIKIT PUN...MALAH SAYA BERSYUKUR KERANA BERJAYA MENGHIBURKAN HATI ANDA DAN MEMBAWA SINAR BARU DALAM HIDUP ANDA...

I BELIEVE IN THE POWER OF GOOD AND EVIL AND WHAT YOU DID (LAUGHING YOUR ASS OFF AT MY BLOG) WAS SOMEHOW A BLESSING FOR ME...SEKURANG-KURANGNYA SAYA TAHU SAYA TIDAK KESEORANGAN DI DUNIA INI...SAYA ADA ANDA YANG GELAK PADA BLOG SAYA...

PLEASE DO NOT WORSHIP ME, I AM NO GOD...YOU ARE A GOD OF YOUR OWN SELF AND YOU SHOULD BE PROUD OF YOURSELF...I AM NOT MADE TO BE WORSHIPPED, IF YOU FOUND THAT I AMAZES YOU WITH MY STUPID ANECDOTE, BE AWARE THAT YOU ARE NOT AMAZED AT ME, BUT YOU ARE AMAZED AT GOD HIMSELF...SETELAH MENDAPAT HIKMAH MAKA PUJILAH TUHANMU...ALHAMDULILLAH...ITU AJE PERMINTAAN SAYA...


Well, this blog had been around for a while...

...and will be going on selagi bluray player aku masih boleh memainkan bluray dan dvd pirate dari China dan Taiwan...he he he!

pejam celik, pejam celik dah hampir lima tahun aku menulis dan menulis tentang filem-filem yang aku tonton, sebenarnya niat menulis ni tak langsung ada dalam hati ni supaya orang baca tulisan aku dan memuja aku - aku menulis bukan kerna nama, tapi kerana aku mahu mencatatkan apa yang aku fikir bilamana aku menonton filem-filem ni kerana aku menganggap blog ni sebagai mental note aku untuk aku time travel balik ke zaman aku menonton filem ni...syukur Alhamdulillah ada laa blog free macam ni untuk aku menulis.

Minat menulis ni dah ada dalam diri aku semenjak aku sekolah rendah, semenjak aku pandai mengeja lagi. Aku rasa menulis ialah satu kelapangan yang boleh membantu menghilangkan stress.

Aku baru aje baca balik apa yang aku tulis selama ni, malah ada jugak dua tiga filem yang aku review berkali-kali, maknanya filem tu ada meaning yang besar dalam hidup aku dan mungkin juga sebahagian dari kehidupan aku, sebagai eskapisme aku.

Aku tak pernah mengharapkan sangat orang membaca blog aku sebab aku rasa tak ada siapa pun nak baca blog gila macam ni...(he he he!) tapi kepada yang pernah bagi komen, yang pernah nak mengajak berbual di emel, aku rasa cukuplah sekadar membaca aje tulisan gila aku ni...dan ambillah pengajaran dari yang baik sebab aku tamak pahala, kalau ada pengajaran baik tu dapat jugak aku pahala...kan?

Aku pun kadang-kadang tak berani nak berbual dengan orang sebab takut orang kata aku seorang extremist atau pelampau...sebab memang aku melampau bila menulis terutama bila bab mengaitkan sesuatu dengan kejadian Tuhan. Itu memang forte aku.

Cuma sekarang aku kurang dapat menulis panjang-panjang macam dulu sebab rasanya zaman nak menulis panjang-panjang ni dah abis...just tulis apa yang penting dan at least aku baca, aku syok sendiri ha ha ha!!!

Bila baca balik apa yang aku tulis selama ni, aku sendiri pun tak sangka, kronik juga penyakit bi polar aku nih...macam-macam yang aku baca sampai aku sendiri rasa aku baca blog orang pulak, tak percaya yang aku sendiri menulis blog ni...errrr...macam dalam filem Fight Club tu, "rule number one, you do not talk about fight club".

aku akan terus menulis untuk menghiburkan diri sendiri ha ha ha !  bukan  ada orang baca pun, niat dalam hati jangan ada orang baca laaa...malu jugak kalau orang baca...meracau aje he he he!




Wikipedia

Search results

Powered By Blogger

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...