Keanu Reeves amat bergaya dengan jaket hitamnya terutama bila dia bergaduh dengan Agent Smith.
The Matrix mengutarakan persoalan tentang kehidupan dan realiti, filem ini dikatakan amat berfalsafah dalam mengutamakan tema "real"...apa yang "real" dan apa yang tidak "real". Filem ini ialah sebuah filem falsafah yang bertanya kepada kita, siapakah kita dan apakah perkara yang menjadikan kita sebagai manusia.
Mr Anderson ialah seorang pakar komputer yang mempunyai masalah identiti. Beliau sangat suka kepada perkara-perkara tahyul dan mitos terutama tentang mitos seorang manusia pelampau bernama Morpheus (ada thematic pattern tentang penggunaan dadah melampau di sini), beliau selalu berkhayal tentang The Matrix dan akhirnya peluang digunakan untuk menyelam (pun intended) maksud The Matrix dan apakah dia The Matrix. Segmen pertama trilogi ini lebih bersifat superficial dan tidak banyak sangat ideologi-ideologi dongeng yang cuba dimasukkan berbanding dengan sekuel selepasnya. Filem ni lebih kepada filem aksi dan adegan tembak menembak yang tidak masuk akal langsung. Boleh dikatakan filem pertama kepada trilogi The Matrix ni lebih bersifat hiburan umum semata-mata.

The Matrix Reloaded pula lebih berat mesejnya, sebab mereka telahpun berjumpa dengan "The One". Filem ini menyingkap dengan lebih dalam kepada struggle manusia menentang mesin dan bagaimana banyak falsafah-falsafah berat dan juga terdapat banyak reference dari agama-agama besar dunia seperti agama Buddha dan sebagainya. Paling best bila masuk part bilamana Neo berjumpa dengan The Architect, aku sendiri pun tak faham apa kejadah yang The Architect tu cakap, perkataan dan jargon yang pelik seperti "ergo", bla bla bla dan sebagainya memang berbulan jugak aku cari kat kamus tak faham-faham maksudnya, pakai aje laa perkataan "therefore" ke, sama jugak maksud dia kan? Neo sekali lagi terpaksa membuat pilihan antara awek dia ataupun komuniti manusia di Zion...ia adalah satu pilihan yang amat menyeksakan. Dalam sekuel ini dia memilih untuk menyelamatkan awek dia, dan ternyata pilihan dia amat salah sebab dia terpaksa lalu satu perkara yang amat menyusahkan hidup dia lepas tu, terperangkap di alam barzakh antara dunia matrix dan dunia realiti. Antara falsafah berat yang aku amat faham dalam filem ni ialah bilamana Neo berjumpa dengan The Oracle dan mempersoalkan tentang kenyataan The Oracle tentang maksud "pilihan". "kalau aku dah pilih jalan yang sepatutnya apa lagi yang tinggal untuk aku?"...lantas The Oracle menjawab - "kau telahpun memilih jalan itu dan fungsi kau ialah untuk MEMAHAMI jalan yang kau pilih itu. Sememangnya takdir telahpun tertulis di Lauh Mahfuz dan kita tidak boleh lari dari takdir itu, fungsi kita hanyalah untuk MEMAHAMI jalan yang kita pilih itu supaya kita tidak mempersoalkan Tuhan nanti kenapa kita begitu dan begini. Jalan untuk MEMAHAMI apa yang kita pilih itu hanyalah dengan PETUNJUK dari TUHAN sahaja yang akan membuatkan kita mampu MEMAHAMI dan REDHO dengan pilihan kita itu.

Sekuel terakhir filem ini adalah menjawab segala persoalan kepada pilihan Neo dalam filem kedua trilogi bagak ini. Akibat salah pilihan dia terpaksa menerima kenyataan bahawa dia telah "game over" dan terpaksa diselamatkan pulak oleh awek dia yang cun melecun tu.
Dalam filem ini kita difahamkan akibat dari kesalahan pilihan Neo dan bagaimana "anomaly" dalam pilihan tersebut dilakukan dan bagaimana The Architect berjaya memanafaatkan "anomaly" dalam simple mathematics kemanusiaan yang minta untuk difahami *(huhu).
Akhirnya Neo telah memperbetulkan kesilapannya dengan membuat pilihan yang tepat dimana dia telah bersemuka dengan The Architect buat kali terakhir dan menyerahkan dirinya dengan redho. Maka disini ada satu mesej tersirat yang perlu kita fikirkan. Bagaimana filem ini mengadun elemen negatif dan positif dan bagaimana kedua-dia elemen ini saling berhubungkait antara satu sama lain. Filem ini berjaya merungkai tentang "energy" dan bagaimana tenaga itu saling berkait antara satu sama lain. Sebelum Einstein mengemukakan teori Unified Field nya dalam Quran dah lama ada fakta tentang itu...sila baca surah Al Ikhlas (ada sebab nama surah ni Al Ikhlas, fikir sendiri), dan bacalah (Iqraq)...
Maka akhirnya filem yang dihasilkan oleh The Wachowsky Brothers ini berjaya membuka minda aku untuk lebih memamahami maksud Qadha' dan Qadar...