Disclaimer!

SILA GELAK SEPUAS HATI ANDA BILA MEMBACA BLOG SAYA...SAYA TIDAK MERASA OFFENDED SEDIKIT PUN...MALAH SAYA BERSYUKUR KERANA BERJAYA MENGHIBURKAN HATI ANDA DAN MEMBAWA SINAR BARU DALAM HIDUP ANDA...

I BELIEVE IN THE POWER OF GOOD AND EVIL AND WHAT YOU DID (LAUGHING YOUR ASS OFF AT MY BLOG) WAS SOMEHOW A BLESSING FOR ME...SEKURANG-KURANGNYA SAYA TAHU SAYA TIDAK KESEORANGAN DI DUNIA INI...SAYA ADA ANDA YANG GELAK PADA BLOG SAYA...

PLEASE DO NOT WORSHIP ME, I AM NO GOD...YOU ARE A GOD OF YOUR OWN SELF AND YOU SHOULD BE PROUD OF YOURSELF...I AM NOT MADE TO BE WORSHIPPED, IF YOU FOUND THAT I AMAZES YOU WITH MY STUPID ANECDOTE, BE AWARE THAT YOU ARE NOT AMAZED AT ME, BUT YOU ARE AMAZED AT GOD HIMSELF...SETELAH MENDAPAT HIKMAH MAKA PUJILAH TUHANMU...ALHAMDULILLAH...ITU AJE PERMINTAAN SAYA...


Mimpi ngeri di Elm Street...mengigau!

Freddy Krueger bermula sebagai seorang slasher yang menggerikan dan amat misterius kerana stail pembunuhan yang dilakukannya amat out of this world. Beliau menyusup masuk melalui mimpi ngeri mangsanya, bermain-main dengan perasaan mangsanya dan menakut-nakutkan mangsanya dengan practical joke dan tahap trauma melampau lantas terus mengambil nyawa mangsanya dalam tidur...

Filem pertama menyaksikan bagaimana Nancy Thompson memulakan epik sipembunuh bersiri yang menakutkan di dalam tidur ini dengan mengatakan kepada dirinya sendiri, "you are not real"

Freddy Krueger ini amat licik membunuh mangsanya dan beliau amat bijak mempermainkan mangsanya terutama ketika mangsanya ketakutan di dalam tidur...

Johnny Depp dan penampilan pertamanya dalam sebuah filem slasher...not bad!
Filem keduanya masih mengekalkan Freddy Krueger sebagai pembunuh bersiri yang licik kerana filem ni memang pasal dia pun...Freddy's Revenge merujuk kepada dendam kesumat Freddy kepada penduduk-penduduk Palm Springs kerana telah menamatkan kesukaan nya kepada kanak-kanak kecil dan berpakat beramai-ramai membakar gudang dengan dia-dia sekali terbakar hangus...

Nancy Thompson ditiadakan dalam filem kedua ni, memberikan peluang kepada orang lain pulak menjadi mangsa roh jahat - Freddy Krueger ni. Modus operandinya kini ialah menggunakan jasad budak bernama Jesse ni untuk membunuh bagi pihak dia...dan seperti biasa budak yang innocent dan baru akil baligh ni terpaksa menjadi pencacai kepada si Freddy Krueger ni untuk melempiaskan nafsu membunuhnya.

Filem kedua ni tak berapa menarik pada pandangan aku sebab tak ada aksi-aksi menarik di mana mangsa-mangsa si Freddy boleh bertindak balas dan membelasah Freddy separuh mati macam dalam filem ketiga franchise Elm Street ni...

Franchise ketiga ni agak menarik kerana bebudak yang selalu kena buli dengan Freddy dalam tidur mereka akhirnya bertindak balas dan ada yang sempat membelasah Freddy separuh mati dalam filem ni. 

Filem ketiga ni mengembalikan watak Nancy Thompson sebagai  kaunselor kepada budak-budak yang bermasalah dalam tidur ni. Mereka telah menemui cara untuk berhadapan dengan Freddy Krueger dan seperti biasa, penipu besar macam Freddy Krueger ni memang sukar untuk dikalahkan...

Bagi aku filem ketiga ni agak grand kerana budak-budak tu at least ada la jugak chance nak belasah mamat ada four finger claw kat tangan dia ni sekurang-kurangnya tak lah pathetic sangat melihat bebudak ni terjerit-jerit mintak nyawa sebelum nak mati.

Filem ni juga menyaksikan bagaimana Freddy mati sekejap apabila tulang-tulangnya dicurah dengan holy water dan minyak gasoline yang mengakibatkan akhirnya dia mati buat pertama kali dalam wayangnya sendiri.

Filem keempat ni pulak memperkenalkan seorang Dream Master yang boleh mengawal mimpi dan mengubah apa-apa yang ada dalam mimpi tersebut.

Beberapa orang watak dalam filem ketiga franchise ni   memulakan kehidupan baru setelah mereka berjaya keluar dari pusat pesakit jiwa.  Malangnya watak Kristen dalam filem ketiga tersebut mula memimpikan benda-benda pelik dan terpaksa menarik kawan negro dia, Kincaid dan anjing kesayangannya dalam mimpi di sendiri.

Dalam filem ni juga bebudak ni mula berkawan dengan Alice Johnson yang merupakan Dream Master yang bakal menendang bontot Freddy Krueger berkali-kali termasuklah dalam franchise filem yang seterusnya...
...Dan  seperti biasa, Freddy Krueger tak sudah-sudah dengan perangai paedophile dia dan kesukaannya terhadap bebudak kecik...

Freddy Krueger dapat satu akal untuk kekal membunuh dalam filem ni sebagai reincarnation seorang budak yang in turn ialah anak lelaki kepada Alice Johnson, Dream Master yang telah mematikan dia dalam franchise yang keempat sebelum ini.

Namun malangnya, kalau dah jahat, lepas tu ada hati pulak nak  mencemarkan baby yang suci dan murni atas plan jahat dia, maka akhirnya teruklah dia kena belasah!

Filem ni menceritakan asal usul Freddy Krueger dan bagaimana akhirnya dia kembali ke keadaan asalnya...

Filem ni adalah filem kedua terakhir yang mana filem seterusnya menyaksikan bagaimana setan jahanam ni akhirnya dibunuh oleh darah dagingnya sendiri...such an irony!



Filem "terakhir" dari franchise ni (ironinya filem ni terlalu hebat pada mata peminatnya sama seperti filem Hellraiser yang mana selepas filem yang terakhir kononnya, masih ada jugak spin off  (Freddy vs Jason) dan reboot filem ni (Wes Craven's New Nightmare)

Filem ni berkisar kepada bagaimana Freddy, melalui anjing suruhannya, pergi mencari darah dagingnya yang merupakan anaknya sebelum dia mati secara tragis...untuk menyambung tradisi Palm Springs, kerana katanya - setiap pekan ada Elm Street nya sendiri...

ha ha ha!

..dan akhirnya Freddy Krueger pun mati dalam keadaan yang sangat sadis...

Filem ini adalah  filem pilihan aku dalam banyak-banyak filem franchise Freddy Krueger sebab elemen oneiric nya yang amat melampau-lampau...






Wikipedia

Search results

Powered By Blogger

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...