Ini ialah sebuah filem yang penuh dengan twist, bagai salah satu siri segmen televisyen The Twilight Zone yang akan membuat anda meneka-neka apa sebenarnya yang berlaku dan siapakah antagonis yang sebenarnya...
Robin Hood ialah seorang manusia yang mulia walaupun caranya itu salah pada pandangan mata orang. Hang Jebat ialah manusia hebat walaupun caranya itu salah pada tatasusila...begitu juga dengan watak Julia dalam filem ini yang inginkan kesempurnaan pada semua kanak-kanak yang hidup melarat dan merempat di pekan Cold Rock itu sehingga dia sanggup melakukan sesuatu yang tidak masuk akal...dan kemudiannya dia sanggup mengorbankan dirinya untuk kekal menyimpan rahsia itu...inilah manusia yang aku rasa kenal siapa Tuhannya dan sanggup mengorbankan dirinya untuk kesejahteraan dan kebaikan...Jarang lagi kita jumpa manusia yang sebegini kerana pada pandangan aku watak Julia dalam filem ini ialah ibarat seorang marhaen yang suci yang terpaksa mengorbankan diri sendiri untuk melawan sistem yang kolot dan red tape birokrasi...
Sesungguhnya kita amat memerlukan manusia yang sebegini, yang melihat di luar norma kemanusiaan dan melihat sesuatu yang tulen hanya dari Tuhan semata-mata...
