Cult movie zaman sekolah menengah aku, filem ni adalah antara filem klasik yang cuba bercerita tentang masa depan dan bagaimana kalau masa depan itu boleh diubah?
Marty McFly ialah seorang remaja yang mempunyai sebuah
rock band yang juga seperti remaja lain, mengalami macam-macam pengalaman remaja yang lain juga.
Tapi pengalaman berjumpa dengan bapak dia di zaman remaja bapaknya mengajar dia satu perkara...
Dia kena ajar bapak dia satu benda yang bapak dia sendiri pun tak tau apa kebendanya sebelum tu...menjadi yakin kepada diri sendiri dan berani menghadapi cabaran.
Mungkin kalau aku mempunyai peluang macam dia, mahu aku kembali kezaman bapak aku dan tengok sendiri perangai bapak aku...ada ke aku ikut perangai macam dia?
Franchise keduanya pula menceritakan tentang perihal keluarga McFly dan memang tak masuk akal lah sebenarnya kalau citer pasal time travel ni...yang pernah time travel dalam dunia ni seorang aje - Nabi Muhammad SAW, tak percaya bacalah Quran, ada Allah sebut. okay, bahagian kedua citer ni bercerita pasal keluarga McFly pada masa depan, bagaimana Doc Emmet Brown membantu Marty McFly menyelamatkan anaknya dari menjadi mangsa kejahatan musuh tradisi keluarga McFly. Akhirnya satu chain reaction telah membawa mereka kepada satu kes yang amat kronik, timeline tahun 1955 telah dirosakkan dan mereka terpaksa mengembara kembali ke zaman mak bapak Marty McFly untuk menyelamatkan keadaan.
Rasa macam menonton feature film Doraemon pulak...he he he he he!
Walaubagaimanapun, sekuel keduanya memang tak dapat lawan sekuel terakhir trilogi filem ni...
Sekuel ni berkisar tentang zaman koboi, ironinya permasalahan dan senarionya tetap sama macam sekuel sebelumnya cuma latarbelakangnya sahaja yang berubah. Marty McFly tetap bangang macam biasa dan Doc Emmet Brown tetap dengan perangai Doraemon dia...aku rasa filem ni banyak adaptasi dari watak Doraemon dan Nobita kot???
Anyway, aku ada satu tin boxed trilogy ni, dua dvd three in one dengan satu boxed set bluraynya yang terkini...
Filem ni memang filem klasik aku sepanjang zaman!!!