Disclaimer!

SILA GELAK SEPUAS HATI ANDA BILA MEMBACA BLOG SAYA...SAYA TIDAK MERASA OFFENDED SEDIKIT PUN...MALAH SAYA BERSYUKUR KERANA BERJAYA MENGHIBURKAN HATI ANDA DAN MEMBAWA SINAR BARU DALAM HIDUP ANDA...

I BELIEVE IN THE POWER OF GOOD AND EVIL AND WHAT YOU DID (LAUGHING YOUR ASS OFF AT MY BLOG) WAS SOMEHOW A BLESSING FOR ME...SEKURANG-KURANGNYA SAYA TAHU SAYA TIDAK KESEORANGAN DI DUNIA INI...SAYA ADA ANDA YANG GELAK PADA BLOG SAYA...

PLEASE DO NOT WORSHIP ME, I AM NO GOD...YOU ARE A GOD OF YOUR OWN SELF AND YOU SHOULD BE PROUD OF YOURSELF...I AM NOT MADE TO BE WORSHIPPED, IF YOU FOUND THAT I AMAZES YOU WITH MY STUPID ANECDOTE, BE AWARE THAT YOU ARE NOT AMAZED AT ME, BUT YOU ARE AMAZED AT GOD HIMSELF...SETELAH MENDAPAT HIKMAH MAKA PUJILAH TUHANMU...ALHAMDULILLAH...ITU AJE PERMINTAAN SAYA...


Fenomena...

Filem ini ada elemen dark yang menceritakan tentang bagaimana manusia itu boleh menjadi sebaik-baik dan sesempurna manusia, atau menjadi manusia yang takut, menakuti dan ditakutkan oleh sesuatu yang mereka sendiri tidak ada pemahaman tentang segala sesuatu itu.

Ia menceritakan tentang George Malley, seorang auto mechanic yang hidup disebuah pekan yang amat terpencil. Satu hari dia telah terlihat satu cahaya yang amat terang ketika keluar berjalan-jalan di pekan tersebut pada waktu malam. Dari peristiwa tersebut, sesuatu yang magis telah berlaku dan beliau bertukar dari seorang manusia yang biasa kepada seorang manusia yang berkaliber dan lebih dari biasa.

Filem ini mengungkap tentang rahsia the coming of age, bagaimana seorang manusia harus mencari dan mencari demi untuk memahami fungsinya sebagai seorang manusia. Disini, George Malley menggunakan kelebihannya bukan untuk main judi, merompak bank mahupun berpoya-poya dengan kehidupan, tapi kelebihan yang diberikan dimanafaatkan untuk kesejahteraan alam sejagat.

Filem ini merungkai tentang kelebihan memperbaiki diri sendiri dan bagaimana George Malley yang menganggap cahaya yang dilihatnya itu sebagai rahmat Tuhan dan satu petanda untuk dia melakukan sesuatu kebaikan di mukabumi ini. Ia adalah sebuah filem yang menginspirasikan sesuatu - tiada yang mustahil sekiranya kita berusaha. Bukanlah kuasa luarbiasa yang didapatinya itu menjadi mukjizat utama, tetapi semangat, sikap dan aspirasinya jelas menambahkan misteri dan inspirasi pada filem ini. Sungguh jelas maksud ayat Quran ini - Sesungguhnya Allah amat mengasihi hambaNya yang memperbaiki amalan, di dalam filem ini. Dia tidak menggunakan kelebihan yang diberikan dengan cara melampau sebaliknya cuba berusaha untuk memperbaiki diri sendiri dan masyarakat disekelilingnya supaya mereka dapat memahami segala perkara yang berlaku.

Namun demikian, satu perkara yang dicerminkan dalam filem ini dan telah dijelaskan berkali-kali oleh Allah SWT, - apakah kamu tidak memerhatikannya? Ia bukanlah satu pertanyaan, tetapi gesaan untuk kita melihat dan belajar dari alam sekeliling sepertimana yang dilakukan oleh watak GeorgeMalley ini.

dan akhirnya filem ini seperti filem yang bijak, berakhir dengan satu kesedaran dan keinsafan yang tinggi.

tonton filem penuhnya disini





Wikipedia

Search results

Powered By Blogger

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...