Disclaimer!

SILA GELAK SEPUAS HATI ANDA BILA MEMBACA BLOG SAYA...SAYA TIDAK MERASA OFFENDED SEDIKIT PUN...MALAH SAYA BERSYUKUR KERANA BERJAYA MENGHIBURKAN HATI ANDA DAN MEMBAWA SINAR BARU DALAM HIDUP ANDA...

I BELIEVE IN THE POWER OF GOOD AND EVIL AND WHAT YOU DID (LAUGHING YOUR ASS OFF AT MY BLOG) WAS SOMEHOW A BLESSING FOR ME...SEKURANG-KURANGNYA SAYA TAHU SAYA TIDAK KESEORANGAN DI DUNIA INI...SAYA ADA ANDA YANG GELAK PADA BLOG SAYA...

PLEASE DO NOT WORSHIP ME, I AM NO GOD...YOU ARE A GOD OF YOUR OWN SELF AND YOU SHOULD BE PROUD OF YOURSELF...I AM NOT MADE TO BE WORSHIPPED, IF YOU FOUND THAT I AMAZES YOU WITH MY STUPID ANECDOTE, BE AWARE THAT YOU ARE NOT AMAZED AT ME, BUT YOU ARE AMAZED AT GOD HIMSELF...SETELAH MENDAPAT HIKMAH MAKA PUJILAH TUHANMU...ALHAMDULILLAH...ITU AJE PERMINTAAN SAYA...


Hell Is Raised, But Your Intelligence Is Not!

Cuma franchise filem ni aje antara yang melanggar pantang larang trilogi filem (selain filem Freddy Krueger, Jason Vorhees dan Mike Myers)...selagi boleh buat duit apa salahnya kan? Tema filem ni lebih bertumpu kepada elemen sadomasochistic yang mana konsep - feeling pleasure through pain, ialah agenda utama yang boleh menyebabkan kita tak senang duduk menonton adegan koyak rabak dalam filem ni.

Filem pertamanya berdasarkan pada novel Clive Barker - Hellbound ini meneliti dan mengungkap maksud carnal pleasure yang menepati citarasa para sadomasochist dan sadist (err...sama laa tu ejaan aje lain). Seorang mamat yang gila meraban bernama Frank telah membeli sebuah puzzle box yang dihuni oleh makhluk-makhluk alam separa sedar bernama The Cenobites, yang kononnya boleh memuaskan nafsu masochist nya yang melampau. Namun akhirnya dia menjadi lauk kepada makhluk-makhluk ini. Walaubagaimanapun jasad dan roh Frank secara tidak sengaja telah berjaya di revive kan oleh bekas kekasih gelapnya yang merupakan kakak iparnya sendiri, he he he! skima!!


Filem keduanya pula ialah succession kepada filem pertama yang menyaksikan survivor pada filem pertama, Kirsty Cotton telah ditempatkan di sebuah wad psikiatrik dan berlakulah babak demi babak pertempuran antara puak Cenobites dan Dr Channard (doktor psiko yang gila darah) dengan Kirsty berserta ally nya yang baru, Tiffanny. Aku teringat ada satu lagu dari kumpulan Wrathchild America yang mengambil dialog dari filem ni dan memang cantik bait liriknya - "The Doctor Is In, What's Your Pleasure Sir, You Want My Recommendation, I say AMPUTATION!"...WE HAVE SUCH SIGHTS TO SHOW YOU!...


Filem kedua ini memang sarat dengan elemen-elemen darah yang melampau-lampau dan cukup sesuai untuk pencinta filem seram yang melampau-lampau juga.


Namun demikian, filem ketiga ini telah berubah sedikit arah penceritaannya dan yang peliknya Pinhead, watak evil dalam frnachise filem ni kembali dalam keadaan bentuk sebuah Pillar Of Souls...ha ha! keren!!!


Setelah disedarkan oleh Kirsty Cotton tentang sifat kemanusiaan penghuni-penghuni Cenobites itu, maka Pinhead telah terbahagi kepada dua elemen, elemen kemanusiaan (sebagai Elliot Spencer) dan elemen Cenobites (sebagai Pinhead), mereka telah terperangkap dalam The Pillar Of Souls yang kini dimiliki oleh seorang tuanpunya sebuah kelab malam yang kaya raya. Minda separa sedar Elliot Spencer cuba berkomunikasi dengan anaknya untuk meminta supaya Pillar tersebut dimusnahkan, maka bermulalah perang antara kebaikan dan kejahatan yang merupakan forte utama yang menyedapkan jalan cerita ini...

Filem ni cuba memberikan maknyanya yang tersendiri dan ada mesej baik yang cuba ditonjolkan, bahawa manusia yang jahat dan memilih untuk menjadi jahat tidak akan dapat lari dari pertanggungjawaban atas segala kejahtan yang dilakukannya...maka itulah yang berlaku kepada J.P. Monroe, tuan punya kelab malam kaya raya yang sangat jahat dan zalim.



Ini ialah installment terakhir dalam siri filem Hellraiser yang melibatkan Clive Barker. Filem ini berlangsung di era dan generasi yang berbeza-beza, kita diperkenalkan dengan jejak-jejak awal pembuatan Puzzle Box yang berkonsepkan Lament Configuration yang menjadi igauan murahan para pencinta sadist.

Filem ini mengungkap sejarah kewujudan Lament Configuration ini dan bagaimana ia berpindah tangan dari satu generasi ke satu generasi yang lain...

dan...bagaimana akhirnya Puzzle Box ini menemui "demise" nya di angkasa lepas yang luas mata memandang...an excellent idea in finishing off The Cenobites...mana depa nak pergi lagi dah lepas tu...?

Namun malangnya disebabkan kehebatan watak dan penceritaan filem-filem ini ia disambung sehingga 9 episod...he he he he!!!

Wikipedia

Search results

Powered By Blogger

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...