Plotnya tentang satu rompakan "gone bust" (aku tak ada masa nak italic kan ayat karangan aku okay!)...kerana terdapat "orang dalam" dalam kumpulan perompak itu.
Mr Orange telah tumpas dalam gerakan rompakan itu lantas dia diselamatkan oleh Mr White dan mereka terus menyembunyikan diri di dalam sebuah gudang yang menjadi premis pada kisah dalam filem ini.
Kalau filem Anakku Sazali ada budget bagak maka mungkin emosinya lebih gah dan dramatik seperti filem ini...ha ha ha ha!!!
Memang, entah kenapa aku selalu teringat dengan adegan filem Anakku Sazali yang mana Sazali bertegang leher dengan bapak dia...mewakili emosi yang wujud pada filem ini...
Ini ialah sebuah filem "murah" yang "mahal".
