Disclaimer!

SILA GELAK SEPUAS HATI ANDA BILA MEMBACA BLOG SAYA...SAYA TIDAK MERASA OFFENDED SEDIKIT PUN...MALAH SAYA BERSYUKUR KERANA BERJAYA MENGHIBURKAN HATI ANDA DAN MEMBAWA SINAR BARU DALAM HIDUP ANDA...

I BELIEVE IN THE POWER OF GOOD AND EVIL AND WHAT YOU DID (LAUGHING YOUR ASS OFF AT MY BLOG) WAS SOMEHOW A BLESSING FOR ME...SEKURANG-KURANGNYA SAYA TAHU SAYA TIDAK KESEORANGAN DI DUNIA INI...SAYA ADA ANDA YANG GELAK PADA BLOG SAYA...

PLEASE DO NOT WORSHIP ME, I AM NO GOD...YOU ARE A GOD OF YOUR OWN SELF AND YOU SHOULD BE PROUD OF YOURSELF...I AM NOT MADE TO BE WORSHIPPED, IF YOU FOUND THAT I AMAZES YOU WITH MY STUPID ANECDOTE, BE AWARE THAT YOU ARE NOT AMAZED AT ME, BUT YOU ARE AMAZED AT GOD HIMSELF...SETELAH MENDAPAT HIKMAH MAKA PUJILAH TUHANMU...ALHAMDULILLAH...ITU AJE PERMINTAAN SAYA...


Dongeng Paperback Yang Menginsafkan...

Masuk kali kelima aku menonton dvd ni dan setiap kali tontonan aku, mesti aku mendapat hikmah yang amat menarik untuk difikirkan bersama.

Harold Crick ialah seorang kakitangan kerajaan yang amat efisyen dan menjalani hidup dengan penuh bersistematik sehinggalah satu hari berlaku satu bentuk "divine intervention" mungkin? yang membuatkan hidupnya menjadi kucar kacir dan tunggang terbalik disebabkan di akhir naratifnya, suara yang didengarnya dalam kepalanya mengatakan - "little did he know..." yang akhirnya mengatakan bahawa dia akan mati tak lama lagi dan takdir itu tidak dapat dielakkan.

Maka dari titik itu, Harold Crick dah jadi tak tentu arah, meracau merapu macam orang gila dan kita tidak lagi melihat rutin normal kehidupannya dan sedikit demi sedikit kita melihat berlaku perubahan dalam hidupnya, dia tidak lagi mengira berapa kali dia berus gigi dia, dia tak lagi pakai tali leher dan kehidupan dia berlaku secara spontan.

Kejadian ini memberikan pengajaran bahawa manusia itu kadangkala terpaksa diberikan kenyataan yang amat memilukan dan menakutkan sebelum dia berubah secara sukarela, samalah seperti gesaan, ancaman dan dorongan yang selalu Tuhan berikan dalam kitabNya, siapa yang nak berubah akan mengambil ia sebagai suatu bentuk galakan yang membina, sama juga kenyataannya seperti watak Harold Crick ni, dia mencari-cari punca dan sebab kenapa dia perlu mati, sehinggalah takdirnya menemukannya dengan sipenulis yang menjadi naratif kepada segala perbuatan dan kehidupannya sebelum ini.

...setelah membaca teks yang diberikan oleh sipenulis, maka kita lihat sekali lagi bagaimana watak Harold Crick ni menerima kenyataan dengan hati yang tenang dan merelakan dirinya di"mati"kan kerana katanya, tulisan itu ialah epik hebat sepanjang zaman dan ia akan menjadi sia-sia sekiranya wataknya tidak dimatikan...

...dan akhirnya, kita memahami makud UJIAN dan DUGAAN dalam HIDUP...dan filem ini amat menginsafkan dan membuka mata terhadap sesuatu yang dinamakan...KEHIDUPAN.


Wikipedia

Search results

Powered By Blogger

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...