Disclaimer!

SILA GELAK SEPUAS HATI ANDA BILA MEMBACA BLOG SAYA...SAYA TIDAK MERASA OFFENDED SEDIKIT PUN...MALAH SAYA BERSYUKUR KERANA BERJAYA MENGHIBURKAN HATI ANDA DAN MEMBAWA SINAR BARU DALAM HIDUP ANDA...

I BELIEVE IN THE POWER OF GOOD AND EVIL AND WHAT YOU DID (LAUGHING YOUR ASS OFF AT MY BLOG) WAS SOMEHOW A BLESSING FOR ME...SEKURANG-KURANGNYA SAYA TAHU SAYA TIDAK KESEORANGAN DI DUNIA INI...SAYA ADA ANDA YANG GELAK PADA BLOG SAYA...

PLEASE DO NOT WORSHIP ME, I AM NO GOD...YOU ARE A GOD OF YOUR OWN SELF AND YOU SHOULD BE PROUD OF YOURSELF...I AM NOT MADE TO BE WORSHIPPED, IF YOU FOUND THAT I AMAZES YOU WITH MY STUPID ANECDOTE, BE AWARE THAT YOU ARE NOT AMAZED AT ME, BUT YOU ARE AMAZED AT GOD HIMSELF...SETELAH MENDAPAT HIKMAH MAKA PUJILAH TUHANMU...ALHAMDULILLAH...ITU AJE PERMINTAAN SAYA...


Seorang yang bijak pandai tidak akan pernah puas dengan apa yang dia ada...dia akan terus mencari dan mencari jawaban sehingga dia puas...Alexander Hartdegen ialah seorang bijak pandai yang cuba mencari jawaban kepada persoalan kenapa dia tidak boleh mendapatkan kehidupan yang dia mahu sehingga puas dia mencari ke hujung zaman dunia dan hasilnya dia berjumpa dengan sesuatu yang membuatkan dia merasakan..."tidak perlu lagi aku mencari jawabannya kerana ia adalah satu disaster bagi aku!".

Inilah yang berlaku apabila seseorang itu cuba merentasi batas pemikiran akal yang tidak mudah tercerna dengan jawaban-jawaban mudah sebaliknya ia terlalu mendahagakan sesuatu jawaban yang sebenarnya bukanlah jawaban tetapi hanya sekadar maksud untuk memuaskan hatinya...\

Begitulah yang berlaku kepada saintis yang berjaya mengubah pemikiran separa sedar dari sesuatu yang tidak logik diolah menjadi satu pencarian kehidupan yang sebenarnya mudah sahaja jawabannya - setiap perbuatan ada tindakbalas dan setiap tindakbalas itu ada kesudahannya...

Satu lagi filem klasik yang sebenarnya amat menarik minat aku menontonnya kerana ia mengajak aku berfikir lebih jauh dan lebih dalam...apakah hubungkait sistem evolusi dengan kenyataan bahawa kebenaran itu terlalu pahit dan payau...sukar ditelan?

Sebenarnya kita suka mencari jawaban kepada persoalan yang timbul dari dalam diri kita, seperti kita terlalu perlu kepada setiap jawaban-jawaban kepada persoalan kita...namun malangnya apabila terjawab...kita pula yang tidak redho dengan jawaban itu...

Namun tidak kepada saintis ini, beliau akhirnya berjaya mendapatkan jawaban kepada persoalannya dan akhirnya seperti ahli bijak pandai yang berfikir, beliau tetap rela menerima jawaban kepada persoalan yang dicarinya dengan memberikan peluang kepada dirinya sendiri untuk menyesuaikan diri dengan kenyataan bahawa...

HIDUP INI INDAH...

Wikipedia

Search results

Powered By Blogger

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...