sememangnya filem ini ada sesuatu nilai estetika bagi aku kerana aku sangat menyukai elemen surreal / oneiric yang dipaparkan dalam filem ini dan sudah semestinya ini ialah filem ber elemen Twilight Zone (ironinya terdapat sedikit muzik tema The Twilight Zone dalam filem ni) yang membayangkan betapa tak masuk akal warasnya filem ini.
Aku amat tersentuh dengan elemen heroism dan kepentingannya kepada majmuk...setiap manusia pasti akan mencari seorang ikon untuk dijadikan inspirasi atau pemberi semangat dalam kehidupannya, begitulah dengan watak Danny Madigan yang amat obses dengan karakter Jack Slater yang dilakonkan oleh Arnold Schwarzenegger...
Sememangnya filem ini ialah satu-satunya filem tahap klasik yang mengangkat watak hero menjadi satu watak yang vulnerable...tidak terlalu ideal dengan konsep heroism...mungkin boleh terasa lagi elemen kemanusiaan dalam watak filem yang cuba dipaparkan dalam filem ini...errrr??? Redundant aje bunyi nye kan?
Semangat, kepahlawanan, tidak mudah menyerah kalah, tetap optimis...ialah tema yang menguatkan perasaan sayang aku pada filem ini...ini ialah filem era "gelap" aku di zaman Uitm...watak Danny Madigan memang sinonim dengan watak aku in the real life yang mencari kekuatan melalui filem dan wayang gambar...mungkin kedekatan perasaan ini menyebabkan aku ada 4 salinan bluray dan dvd nya...
this film will never die as heroes never dead!!!
