watak Kevin Bacon pada mulanya digambarkan sebagai seorang manusia biasa yang tidak ada apa-apa keistimewaan, hanyalah seorang manusia yang dhaif yang tidak mempercayai elemen-elemen supernatural sehinggakan dia sanggup mencabar adik iparnya untuk menjadikan dirinya sebagai "guinea pig" untuk membuktikan bahawa elemen ghaib itu hanyalah "candu" pemikiran.
namun demikian, kita melihat watak Kevin Bacon ini menjadi amat istimewa dan sempurna sekali apabila setelah selesai sessi cabar mencabar itu, sesuatu telah berlaku di dalam hidupnya...
premis yang utama ditonjolkan dalam filem ini ialah perihal "rumah berhantu" yang diduduki oleh beliau dan keluarganya, perihal anak lelakinya yang bercakap dengan makhluk imaginasi.
Sessi "channeling" yang terhasil dari cabaran beliau tentang ketidakpercayaan kepada elemen ghaib ini akhirnya diperkuatkan dengan misteri rumah berhantu dan siapa hantu sebenar dalam filem ini - seorang polis korup (aint that fun to know?) yang cuba mempertahankan anak lelakinya dari bertanggungjawab terhadap satu "insiden" yang berlaku di rumah itu.
Moral kepada filem ini ialah, bak kata Forest Whittaker dalam salah satu episod reboot Twilight Zone - "when fate taps over your shoulder, there will be nothing you can do about it". Ya! kadang-kadang kita rasa hidup ni sesuatu yang over rated, bosan dan macam-macam tapi kadang-kadang kita kena juga berhati-hati dengan apa yang dicakap...sebab, seperti watak Kevin Bacon ni, akhirnya Tuhan membukakan salah satu pintu yang tertutup mengakibatkan beliau sendiri selepas itu terpaksa "makan" balik segala cakap-cakap kosongnya selama ini..."just because you dont see it, doesnt mean that it is not there"
"does it hurt to be dead?"....persoalan universal yang sampai sekarang masih menjadi misteri,
another lesson learned, in The Twilight Zone...
