Disclaimer!

SILA GELAK SEPUAS HATI ANDA BILA MEMBACA BLOG SAYA...SAYA TIDAK MERASA OFFENDED SEDIKIT PUN...MALAH SAYA BERSYUKUR KERANA BERJAYA MENGHIBURKAN HATI ANDA DAN MEMBAWA SINAR BARU DALAM HIDUP ANDA...

I BELIEVE IN THE POWER OF GOOD AND EVIL AND WHAT YOU DID (LAUGHING YOUR ASS OFF AT MY BLOG) WAS SOMEHOW A BLESSING FOR ME...SEKURANG-KURANGNYA SAYA TAHU SAYA TIDAK KESEORANGAN DI DUNIA INI...SAYA ADA ANDA YANG GELAK PADA BLOG SAYA...

PLEASE DO NOT WORSHIP ME, I AM NO GOD...YOU ARE A GOD OF YOUR OWN SELF AND YOU SHOULD BE PROUD OF YOURSELF...I AM NOT MADE TO BE WORSHIPPED, IF YOU FOUND THAT I AMAZES YOU WITH MY STUPID ANECDOTE, BE AWARE THAT YOU ARE NOT AMAZED AT ME, BUT YOU ARE AMAZED AT GOD HIMSELF...SETELAH MENDAPAT HIKMAH MAKA PUJILAH TUHANMU...ALHAMDULILLAH...ITU AJE PERMINTAAN SAYA...


"kena percaya kepada ketentuan jugak kadang-kadang...ambik aje"


Kadang-kadang, Tuhan tu menunjukkan sesuatu kepada kita dari sekecil-kecil dan se trivia (huh! hancur english aku!) benda sehinggalah sebesar-besar perkara...

Aku memang sangat meminati filem ni sebab aku sedar walaupun citer ni pasal benda yang tak ada kena mengena dengan apa yang aku percaya...namun aku tetap percaya kepada "essence" filem ini...bahawa Tuhan tu Dia tak pandang kau pada rupa paras kau...tapi pada hati kau sebab semua benda yang kau ada tu Dia yang punya...cuma hati kau aje yang menjadi hakmilik kau yang Dia bagi pinjam...

Seorang misi yang "kurang percaya" dengan kuasa ghaib dan kuasa maha agung...telah belajar mengenal erti kasih sayang dan betapa besarnya nilai kepercayaan kepada Tuhan apabila dia diberikan peluang untuk menjaga seorang budak yang bermasalah autistik bernama Cody, yang sebenarnya budak tu anak sedara yang ditinggalkan oleh seorang mak yang tidak bertanggungjawab...

Aku memang tak boleh lupa part di mana kereta misi ni hampir nak jatuh ke laut bilamana tetiba aje ada sorang mamat tu tarik dia keluar...last-last mamat tu entah ke mana perginya bila dia dapat menyelamatkan diri dia...serius aku merasa terkesan bila tengok babak tu dan rasa macam...best aje...sebab aku yakin, pertolongan Tuhan tu akan sampai dalam bentuk yang tak pernah engkau sangka...dan masa tu laa air mata aku mula menitik...bukan sedih...tapi sebab sangat terkesan...

Aku cuma ada VCD filem ni aje...sebab sekarang ni kalau nak cari DVD kena order kat Amazon aje...ha ha ha!!! kos shipping aje dah masuk dua tiga ratus...tunggu aku kaya laa kot baru aku beli ha ha ha!

Finale filem ni sangat mengujakan sebab adegan masa dalam gereja tuh...aduhai!!!

...dan pengajaran utama filem ni...jangan pandang sebelah mata segala kekurangan orang lain sebab dari kekurangan dia yang engkau nampak tu...sebenarnya Tuhan dah bagi banyak kelebihan kat dia...moralnya disini...jangan pandang lekeh orang...yang tak sama taraf dengan kau...nanti kau akan belajar satu penyesalan yang tidak berbelah bagi...

emosinya aku ha ha!


Wikipedia

Search results

Powered By Blogger

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...