Sekumpulan muda muda belia termasuk seorang bapak beranak satu telah pergi melepaskan tekanan dan cuba untuk bersuka-sukaan dalam satu kenderaan rekreasi yang "dipinjam" oleh salah seorang muda muda belia tadi...makanya mereka tidak menyedari bahawa they are in for one hell of a night...
Disebabkan nak ambik jalan short cut (klise biasa bagi filem-filem thriller / horror sebegini...) maka mereka akhirnya terjebak dan menjadi saksi satu pembunuhan kejam oleh seorang drug lord yang telah membunuh dengan kejam seorang pusher kerana menyalahgunakan wang syarikat...ha ha ha!!
Maka bermulalah adegan kejar mengejar, tembak menembak dan akhirnya menjelang subuh...heronya diraikan dengan kemenangan!!!
Mungkin jalan ceritanya klise dan predictable...namun sebenarnya seperti biasa aku suka melihat filem ini dari satu sisi yang tidak terduga...aku suka melihat seorang lelaki beranak satu yang pertama kali terjebak dalam kes yang berat sebegini, berusaha sedaya upaya menggunakan akal waras dan kepintaran untuk lari dari drug lord yang sangat kejam dan zalim ini...dan bagaimana seorang lelaki yang lembik dan dianggap penakut tiba-tiba "naik hantu" dan menjadi seorang superhero yang hebat bilamana merasakan keluarganya akan dibahayakan oleh manusia tidak bertanggungjawab...
Filem ini mengajar kita melihat potensi dalaman seorang manusia dan bagaimana sesuainya peribahasa - Sarang tebuan jangan dijolok. "aku pedulik hapa!! kau bapak setan ke, raja dadah ke...aku hayun!!!"
how the power of mind works!!!
