Sebenarnya aku dah ulas filem ni beberapa abad yang sudah...namun sebenarnya filem ini amat dekat dihatiku yang hina ini...ha ha ha!
Seriously, bila aku beli bluray ni kat kedai semua orang pandang pelik kat aku...dan aku rasa sedikit bangga kerana aku bukanlah seorang muslim pada nama yang takut dengan imejan-imejan manusia disalib yang bimbang akan rosak akidah kerana lambang-lambang itu...senangnya kita nak rosak akidah...hanya kerana simpan benda-benda macam ni kita dah kena mark - kafir. aduhai!!! inilah Muslim pada nama dalam kad pengenalan semata-mata.
Aku rujuk filem ini dari kesan ruhani yang amat mendalam...kerana aku percaya Jesus Christ sebenarnya tidak pernah disalib dan tidak pernah mati...aku khatam Quran 5 kali jadi bodohlah aku kalau aku masih percaya apa yang diadaptasikan oleh filem ini...setau aku dalam Quran Allah telah menyebut bahawa Jesus Christ tidak pernah mati dan hanya akan diangkat ruhnya setelah hari kiamat...jadi mungkin Jesus Christ himself ada membaca blog aku...jadi I say unto you...thanks for reading ha ha ha!!!
Aku merasa amat tersentuh dengan watak fiksyen Bible yang di portraykan dalam filem ini. Seorang manusia penuh kasih sayang dan kasih sayangnya itu tidak berbelah bagi dan tetap utuh walaupun dia diseksa dan dihina begitu aib sekali...inilah watak seorang manusia yang warak yang benar-benar mengenali tuhannya sampai terpancar cahaya ketuhanan dalam dirinya. Tidak salah sekiranya kita mengatakan Jesus Christ itu anak tuhan dari segi metaforanya...namun adalah salah dan tidak masuk akal jika kita kata Jesus Christ itu ialah jelmaan dari Tuhan...sebenarnya kita percaya yang Tuhan memberikan sifat-sifatNya yang maha agung dan maha kaya serta maha terpuji itu dalam diri manusia pilihanNya...aku merasa begitu kritis saat adegan Jesus Christ menasihati pengikut-pengikutnya dengan mengatakan bahawa akan datang "another comforter" selepas dia...dan parakletes itu akan mengatakan firman Tuhan melalui mulutnya...yang paling menarik ialah elemen "ruh suci" yang menjadi perdebatan hangat para ulamak dan pendita-pendita seluruh dunia...pada pandangan aku...ruh suci itu sebenarnya ialah apa yang kita ungkapkan sebagai KEBENARAN...ia akan tetap wujud dan hanya orang-orang yang dipilih Tuhan sahaja yang akan mengenali KEBENARAN...KEBENARAN itu bukanlah dalam bentuk Nabi Muhammad, Nabi Isa, Nabi Musa mahupun sesiapa...tetapi ialah satu bentuk RUH yang hanya akan dikenali dan difahami oleh mereka - mereka yang dekat dan kenal dengan Tuhan maha pencipta alam!!!
AND THEN SOME!!!