Bila aku nak mencari makna, aku menonton filem...oleh kerana aku mempunyai banyak masa terluang sebelum aku boleh settle court case aku...aku habiskan dengan menonton movie dan menjadi lebih wiser sebagai seorang manusia berakal.
Filem ni menjelaskan bahawa apa yang kau nampak kat luar tu sebenarnya bukanlah hakikat kebenaran yang benar...mati-mati aku kena tipu dengan mamat nih yang pada mulanya aku rasa simpati sebab dia dah laa kena buang kerja, ada kes dengan tunang lepas tu last-last jadik hero selamatkan keadaan...tapi akhirnya apa jadi?
Dan sebenarnya dalam selicik-licik perancangan jahat engkau, akhirnya kau bertemu juga dengan kejatuhan kau bilamana kau kurang sedar dan terlalai serta leka sebab kau ingat kau dah menang? rupa-rupanya tak...kau belum menang lagi, sama gak macam filem ni di mana semua ahli-ahli konspirasi akhirnya berbunuhan sesama sendiri sebab tamak dan pentingkan perut...
the moral of this movie - jangan pentingkan perut yang boroi, ada habuan berbagi lah sama banyak sama sikit sebab apa guna duit banyak sebab akhirnya kau mati masuk kubur jugak kan?? last last semua penyangak dalam filem ni mampus sebab tamak sangat...HUKUM KARMA??
Aku rasa sebagai orang Islam, ini bukan hukum karma, sebaliknya telah Allah firmankan di dalam kitabNya...yang aku petik maksudnya secara bebas -"sesungguhnya mereka merancang terhadapmu, maka sebaik-baik perancang adalah Aku"
in the end, kalau kau rasa kau pandai sangat...Tuhan lagi pandai dari kau!
