Disclaimer!

SILA GELAK SEPUAS HATI ANDA BILA MEMBACA BLOG SAYA...SAYA TIDAK MERASA OFFENDED SEDIKIT PUN...MALAH SAYA BERSYUKUR KERANA BERJAYA MENGHIBURKAN HATI ANDA DAN MEMBAWA SINAR BARU DALAM HIDUP ANDA...

I BELIEVE IN THE POWER OF GOOD AND EVIL AND WHAT YOU DID (LAUGHING YOUR ASS OFF AT MY BLOG) WAS SOMEHOW A BLESSING FOR ME...SEKURANG-KURANGNYA SAYA TAHU SAYA TIDAK KESEORANGAN DI DUNIA INI...SAYA ADA ANDA YANG GELAK PADA BLOG SAYA...

PLEASE DO NOT WORSHIP ME, I AM NO GOD...YOU ARE A GOD OF YOUR OWN SELF AND YOU SHOULD BE PROUD OF YOURSELF...I AM NOT MADE TO BE WORSHIPPED, IF YOU FOUND THAT I AMAZES YOU WITH MY STUPID ANECDOTE, BE AWARE THAT YOU ARE NOT AMAZED AT ME, BUT YOU ARE AMAZED AT GOD HIMSELF...SETELAH MENDAPAT HIKMAH MAKA PUJILAH TUHANMU...ALHAMDULILLAH...ITU AJE PERMINTAAN SAYA...


If you have god in your heart...you get more than a second chance in life...

Demikianlah (janji balasan Allah yang melimpah-limpah itu). Dan sesiapa yang membalas kejahatan orang, sama seperti yang dilakukan kepadanya, kemudian ia dianiaya lagi, demi sesungguhnya Allah akan menolongnya. (Dalam pada itu ingatlah) sesungguhnya Allah Maha pemaaf, lagi Maha Pengampun.  

Surah Al-Hajj, Ayat 60

sesungguhnya ayat di atas tiada kena mengena dengan filem ni namun sebenarnya apa pengajaran ruhani yang aku ingin terapkan kepada diri aku sendiri ialah...apa yang dinyatakan pada ayat di atas ialah...kita berhak membalas kejahatan orang lain yang dilakukan kepada kita...namun adalah lebih elok jika kita membiarkan dan memaafkan sahaja kesalahan orang itu...sama jugak seperti aku, dah aku balas kejahatan yang orang lakukan pada aku namun aku masih dizalimi kao-kao, maka di atas ialah janji Allah kepada aku...Dia akan menolong aku...maka aku tetap akan berbesar hati dan jiwa menanti pertolongan Allah itu...errr...14 November nih kes aku didengar di mahkamah...moga-moga adalah pertolongan maha besar Allah ketika itu...Amin.

Hmmmmmm...filem ni menyatakan tentang peluang kedua seorang manusia untuk membina kembali hidupnya yang dah jahanam disebabkan penganiayaan dan mungkin salahfaham orang lain terhadap manusia itu. Peter Appleton ialah seorang penulis skrip filem yang disalahfaham dan mungkin dah didajal orang sebagai seorang berfahaman komunis dan menulis skrip-skrip yang mengagungkan komunisme...makanya pada satu ketika yang menentukan.,,maka dia didapati telah kemalangan akibat dari cuai ketika memandu...(dont drink and drive...ha ha!)

Akhirnya dia dah stranded dalam satu kampung yang mana semua orang ingat dia ialah seorang askar yang dikatakan missing in action dan dinantikan oleh seorang bapak yang tak percaya bahawa anak dia tu dah mati...maka disebabkan rupa dia ada iras-iras askar tu (ini ketentuan Tuhan...God worked in most mysterious ways!) maka akhirnya dia diterima di kampung tu dan mula menghidupkan kembali pawagam milik bapak dia yang tinggal usang itu.

Maka kampung itu akhirnya kembali hidup disebabkan adanya "rahmat" dalam bentuk Peter Appleton...namun demikian...the truth hurts...penyakit hilang ingatan Peter Appleton akhirnya surut dan akhirnya dia ingat siapa diri dia yang sebenar...dia ditangkap dan kemudian dihadapkan ke muka pengadilan...

Tapi apa yang best nya filem ni ialah ucapan Jim Carrey masa dia kena hadap tu...bukan calang-calang manusia boleh berucap macam tu...hanya orang-orang dipilih Tuhan aje yang mampu...

As usual...aku melihat Tuhan dalam filem ni...dan rahmat Tuhan itu amat luas!!!

Dont lose hope!!!!

Wikipedia

Search results

Powered By Blogger

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...