Aku meminati Star Wars bukanlah dari sudut glorify nya Star Wars sebagai medium mass consumption dan propaganda media yang bermacam-macam...tapi aku meminati Star Wars dan terus mengikuti filem ni sebab aku sangat minat falsafah dan elemen-elemen kemanusiaan dan bagaimana George Lucas menghidupkan mitos yang sebenarnya nak kata mitos pun tak boleh juga...
Aku mula meminati Star Wars setelah melihat bagaimana perjalanan hidup Anakin Skywalker yang dari mulanya telah dilihat oleh Qui Gon Jin sebagai berpotensi menjadi seorang jedi yang sangat berkaliber...aku menuruti dan mengkaji dalam filem ni mengapa akhirnya Anakin Skywalker memilih untuk berpihak kepada the dark side...sebab sebenarnya dia kurang kasih sayang dan kasih sayang sejati dan murni (mak dia) telah direntap dari dia semenjak dia terpaksa tinggalkan mak dia...menyebabkan timbulnya satu perasaan "kegelapan" yang mana dia merasa sangat hopeless dan akhirnya nafsu amarahnya mula menguasai dirinya dan...the rest is history!!! (err, sekadar nasihat buat mereka yang bernafsu amarah tahap mental...tak payah nak marah-marah nanti kena cekup masuk the dark side! ha ha ha!!)

Filem kedua menyaksikan high times Anakin Skywalker sebagai seorang jedi berpotensi untuk mengembalikan keamanan dan kemakmuran di galaksi dengan wujudnya "kasih sayang" yang baru dalam hidup dia iaitu bini dia - Ratu Amidala yang kini ialah seorang senator yang sangat keren...he he he!! Kiranya filem kedua prequel ni menyaksikan kehebatan dan keagungan Anakin Skywalker sebagai seorang jedi yang amat berpengaruh.
Apa yang menarik jiwa aku dalam francais filem ni ialah falsafah tentang The Force, yang menguasai sekian alam...errr...dan konsep JEDI ni sebenarnya mengambil elemen kejepunan yang sebenarnya kalau kita fahami, aku rasa orang Jepun zaman dulu semuanya dah di Islam kan sebab sebenarnya aku rasa orang Jepun zaman dulu lebih Islam dari orang Islam yang ada sekarang dan mereka mengambil nilai-nilai ruhani dalam ajaran Islam tu dan mengamalkan nilai tersebut sehingga sekarang...tengok laa third world mana yang paling maju sekarang ni ha ha ha ha!!!

Filem ketiga dari prekuel Star Wars yang bagak ni menyaksikan bagaimana nafsu amarah dan dendam kesumat yang menjadi-jadi dalam "the force" Anakin Skywalker telah menukarkan dia menjadi seorang yang sangat zalim, arogan dan juga sangat kejam...dan filem ni menjelaskan bagaimana sebenarnya seorang manusia berpotensi berubah nasib dia dan berubah menjadi dari seorang yang sebaik-baik manusia kepada sejahat-jahat syaitan...Anakin Skywalker merasa sangat kecewa dan merasakan bahawa dia telah di backstab dan diperdayakan oleh orang-orang di sekelilingnya dan akhirnya dia terperangkap juga dalam pelukan maut si Sith...ha ha ha ha!!
Dalam filem ni juga kita melihat bagaimana Anakin Skywalker meracun diri dia dan menjadi seorang yang sangat pemarah, pendendam dan segala macam perangai setan yang dia dok ada...aduhai...itulah...masalahnya dengan manusia...kebarangkalian matematik yang seringkali mencipta anomali (ha hahha...macam citer The Matrix pulak!!!)
Prequel filem ni menceritakan dengan detail dan jelas bagaimana seorang manusia yang mempunyai potensi yang amat baik untuk menjadi seorang manusia pilihan tuhan akhirnya memilih untuk menjadi wali setan...makanya aku bilamana rasa nak marah, nak bengang dengan orang...aku tengok prekuel filem ni dan aku merasa insaf...kita sebagai manusia kena lalu satu benda yang dinamakan "perubahan" sebab kebarangkalian anomali dalam falsafah matematik tidak selalu tetap (yang ni sebab aku tau...aku suka gak tgk citer "Touch"...pasal budak "special needs" yang faham anomali matematik dan kerja dia tolong orang ha ha ha!!)
Namun demikian...bapak Luke Skywalker ni akhirnya mati dalam keadaan husnul khotimah...sebab dia masih ada lagi "New Hope" dalam hidup dia, iaitu anak dia Luke Skywalker, yang tak pernah putus asa dan tak pernah putus harapan bahawa satu hari nanti BAPAK dia akan tergolong dalam golongan orang baik-baik dan diampunkan dosa...dan harapan anak dia itu akhirnya dimakbulkan bilamana dia berjaya membawak bapak dia kembali kepada The Force, walaupun dalam beberapa babak...bapak dia bukan main hasut dia - "come with me to the dark side"...namun bilamana Tuhan telah menyatakan bahawa - orang-orang yang ikhlas tidak mampu dikalahkan setan, maka anak dia tetap dengan ketentuan Tuhan dan tanpa putus asa akhirnya anak dia Luke Skywalker berjaya membawa bapaknya kembali ke jalan yang benar...AMIN!!!
"I love you my son, even though my heart is as dark as a Darth Vader...for you are my son"
Selamat Hari Lahir yang ketiga buat anak aku - Mohamad Edhrie Hasheim Joll...Papa will always be with you, in your hope and your fears...for papa will never leave you...