Disclaimer!

SILA GELAK SEPUAS HATI ANDA BILA MEMBACA BLOG SAYA...SAYA TIDAK MERASA OFFENDED SEDIKIT PUN...MALAH SAYA BERSYUKUR KERANA BERJAYA MENGHIBURKAN HATI ANDA DAN MEMBAWA SINAR BARU DALAM HIDUP ANDA...

I BELIEVE IN THE POWER OF GOOD AND EVIL AND WHAT YOU DID (LAUGHING YOUR ASS OFF AT MY BLOG) WAS SOMEHOW A BLESSING FOR ME...SEKURANG-KURANGNYA SAYA TAHU SAYA TIDAK KESEORANGAN DI DUNIA INI...SAYA ADA ANDA YANG GELAK PADA BLOG SAYA...

PLEASE DO NOT WORSHIP ME, I AM NO GOD...YOU ARE A GOD OF YOUR OWN SELF AND YOU SHOULD BE PROUD OF YOURSELF...I AM NOT MADE TO BE WORSHIPPED, IF YOU FOUND THAT I AMAZES YOU WITH MY STUPID ANECDOTE, BE AWARE THAT YOU ARE NOT AMAZED AT ME, BUT YOU ARE AMAZED AT GOD HIMSELF...SETELAH MENDAPAT HIKMAH MAKA PUJILAH TUHANMU...ALHAMDULILLAH...ITU AJE PERMINTAAN SAYA...


Avenge Sevenfold...itu janji Tuhan dalam kitab Dia...


Sebenarnya semua benda yang Tuhan jadikan dalam dunia ni ada kebaikannya. Aku ingin terus mengupas tentang perasaan negatif dalam diri manusia yang sebenarnya macam api, kalau kecik ada kegunaannya pada engkau tapi bila dah besar...dia akan jadi musuh ketat kau paling bagak. Samalah jugak dengan perasaan amarah yang membawa kepada dendam kesumat tak berkesudahan...Sedangkan ketika Tuhan mensyariatkan perang dan membunuh orang-orang kafir pada para-para nabi, meronta-ronta para nabi dan rasul tak mau buat sebab seperti yang kita tahu...para nabi dan rasul ni sifat dia sangat baik dan sangat terpuji sehinggalah Tuhan memberikan kata-kata hikmahNya - "boleh jadi apa yang engkau sukai (tidak mau berperang) itu tidak baik kepadamu dan apa yang engkau tidak sukai (pergi perang) itu baik untukmu".

...samalah jugak dengan francais filem The Crow ni...mungkin ini ialah filem fantasi dan fiksyen semata-mata namun apa yang menjadi pengajaran ialah RUH yang cuba dibawa dalam filem ini. the meek shall inherit the earth...adalah sedikit baik bunyinya dari maksud only the strong survives...


...dalam francais filem ni menceritakan manusia sanggup buat apa sahaja untuk menuntut pembalasan terhadap kejahatan yang telah berlaku pada orang-orang terdekat yang disayangi...memberikan implikasi bahawa kasih sayang itu lebih mulia dan lebih dekat dengan nilai ketuhanan dari perasaan dendam kesumat dan nafsu kesyaitanan yang kerjanya menjahanamkan keindahan kemanusiaan yang dah lama Tuhan buat untuk kita ni manusia dalam usaha menghargai dan mengagungkan nilai kasih dan sayang itu sendiri...


Makhluk The Crow dalam francais ini menggambarkan perasaan amarah dan dendam kesumat yang menjadi api pembakar di mana keadilan didapatkan dan kebenaran ditegakkan...it doesnt go the other way round...kemarahan dan dendam kesumat tidak ada kegunaan kalau kau guna benda tu untuk merosakkan diri engkau dan menjahanamkan nilai manusia dalam diri engkau...kita marah dan rasa berkobar-kobar melihat kejahatan dan berusaha untuk memperbaiki keadaan...maka dalam keadaan ini perlulah ada perasaan marah dan dendam kesumat yang membara...namun sebenarnya yang aku respek dalam francais filem ni, watak The Crow ni bolehlah dipanggil superhero sebab mereka ni semua mempunyai nilai-nilai superhero yang merasa sesak dengan "kegelapan" dan cuba merubah diri sendiri menjadi satu benda yang menurut fitrah kemanusiaan. 

Inilah orang kata produktiviti...memanafaatkan perasaan dan nilai kemanusiaan yang Tuhan bagi dan menyalurkan nilai tersebut kepada satu MAKNA yang JUSTIFIED.

ha ha ha apa aku meraban nih!!!!

Wikipedia

Search results

Powered By Blogger

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...