Aku melihat filem ini dari sudut pandangan seorang pendendam yang sanggup membuat apa sahaja demi melunaskan dendamnya...
ya, mungkin aku boleh bersimpati dengan mamat yang memegang watak utama filem ni yang sanggup bersusah payah demi melunaskan dendamnya...namun demikian aku masih tidak memahaminya...is it worth it??
Katakanlah kau dah kehilangan seorang anak perempuan yang kau fitnah dia dah lari ikut jantan dan kawin kat Siam tanpa pengetahuan kau...sanggup ke kau jahanamkan hidup anak perempuan kau dengan melemparkan fitnah pada laki dia yang kau tuduh macam-macam sampai sanggup kau fitnah laki dia sebagai seorang pesakit mental dan gila padahal kau tak sedar yang kau tu lebih gila sebab sanggup cuba menjahanamkan hidup anak perempuan kau yang dah bahagia berkawin dengan lelaki pilihan dia sendiri tanpa perlu elemen-elemen lain seperti perbomohan dan persihiran seperti yang kau kelentong kat semua orang yang kau kenal dan kau katakan anak perempuan kau dah kena sihir guna-guna dek suami pilihan dia sendiri..,? errrr...itu adalah satu contoh bagaimana seorang manusia sanggup melempiaskan rasa dendam kesumat sehingga dia lupa...qada' dan qadar semua Allah dah tentukan...
Seperti mamat dalam filem nih...aku masih tak faham dan kurang faham bagaimana sesuatu yang dinamakan sebagai DENDAM KESUMAT boleh mengabui dan menjatuhkan jatidiri kemanusiaan dalam diri mamat nih sehingga dia sanggup bersusah payah demi menuntut bela kematian bini dia? Justified kah apa yang dia buat tu? kenapa dia tak MOVE ON aje dan menerima nasib sedia ada?
Macam orang tua tadi tu yang aku cuba analogikan untuk mendapatkan makna yang serupa...apa yang dia dapat kalau dia jahanamkan hidup anak dia sendiri? Dapat pahala?
dan di akhirnya...dalam drama dunia ni...you reap what you sow...
sekianlah dahulu...
