entahlah...aku kadang-kadang risau jugak...tapi aku rasa selalunya aku menonton filem untuk mendapatkan satu perasaan yang sangat indah dan sangat murni...
secara jujur bila aku menonton filem aku tak melihat filem tu dari sudut nak mengulas apa-apa benda yang superficial tentang filem tu...aku lebih suka mengungkap apa perasaan aku ketika menonton filem tu...
aku rasa mungkin inilah satu-satunya cara moden yang digunakanTuhan untuk mengajar manusia mengenal perasaan CINTA dan KASIH SAYANG...
Mungkin kalau zaman dulu Tuhan suka mengaitkan balik kisah-kisah lampau yang menjadi pengajaran kepada para nabi dan rasul...dan mengingatkan manusia kembali apa itu kasih sayang...
dan aku yakin Tuhan mencipta manusia kerana KASIH SAYANG...
dan aku menjumpai KASIH SAYANG itu melalui koleksi bluray dan dvd aku...dan juga Eddie Vedder...ha ha ha ha!!!
makanya aku akan terus merapu dan meracau dalam blog aku...
aku pedulik apa!!???
