
kadang-kadang kita terlalu taksub dengan keturunan sampai kita sanggup membelek dan mengorek salasilah keturunan kita...dan biasanya kalau kita nak kawin konon kononnya kita kena selak salasilah keturunan pasangan kita takut-takut keturunan dia keturunan lanun!!! Namun aku tak begitu...walaupun firasat keenam aku mengetahui bahawa pasangan aku adalah dari keturunan lanun yang suka buat kerosakan di dunia...namun aku tetap memilih untuk menjadikan pasangan aku tu sebagai isteri aku sebab aku tau...what makes man...a man?? it is not where he comes from...but from how he choose to end things...jadi bagi aku...terpulang pada aku macam mana nak mendidik isteri aku dari menjadi seorang manusia yang terikat dengan asal usul keturunan dia supaya berubah menjadi seorang manusia yang diberi pilihan untuk menentukan hidup dia sendiri...Alhamdulillah...setakat ini aku berjaya...sebab bini aku tak boleh tengok orang susah...dia mesti nak tolong...sampaikan apek kutip tin tepi jalan pun dia tengok, menitis air mata dia sebab bini aku berjaya berubah dari menjadi seorang manusia selfish macam bapak dia...kepada seorang manusia yang selfless...hari tu rezeki apek tu murah sebab bini aku hulur RM50 bagi dia. Alhamdulillah, anak aku pun sama...ada dua tiga hari lepas masa kita orang nak pegi makan kat satu kedai makan di Stutong, kebetulan di sebelah kedai tu ada kedai binatang peliharaan...anak aku berhenti sekejap depan kedai makan tu dan ajak aku pergi kedai binatang peliharaan tu (umur dia baru tiga tahun tapi perangai macam orang dewasa lakunya!)...sebab dia nak suruh aku beli ration dog food sebab dog food kat rumah dah habis...memang kebiasaan aku dan wife aku suka bagi makan kat anjing depan rumah, dulu pun kita orang ada bela seekor puppy malangnya puppy tu lari sebab mungkin dia takut dengan kita orang kot? atau dah kena baham dengan biawak kat depan rumah...rumah aku memang menjadi tumpuan siput, biawak dan anjing sebab memang dah rezeki dia orang selalu ada kat rumah aku...he he he!!!
Apa yang aku nak relate dengan filem ni ialah...kasih sayang tu macam rantai...tak pernah putus...yang berada tu memberi dan yang tak berada tu menerima...dan dia tak pernah putus...bak kata Eddie Vedder dalam lagu dia - the love he receives is the love that is saved.
Kal El tak pernah berpeluang nak mengenali bapak dia dan bermanja berkasih sayang dengan bapak dia namun dia amat beruntung sebab dia dibesarkan dalam satu keluarga yang penuh kasih sayang...namun tidak pada orang macam arwah ayah aku...masa arwah ayah aku kecik (ni dia cerita dengan aku) dia tak pernah kenal bapak dia...sama jugak macam Kal El nih...namun demikian...arwah bapak aku sangat baik dan dia berjaya mendidik aku menjadi apa yang aku jadi sekarang ni walaupun arwah ayah aku tak pernah kenal dan mendapat kasih sayang bapak dia...bagi aku, orang-orang macam ni lah yang sentiasa mengenal siapa Tuhan dia dan apa tanggungjawab dia...sebab walaupun hidup dia serba kekurangan (macam Nabi Muhammad pun tak pernah kenal siapa bapak dia) namun sebenarnya orang macam ni sangat beruntung sebab dia dapat kasih sayang sepenuhnya dari Tuhan yang tidak pernah sesaat pun meninggalkan mereka...lebih baik tak kenal siapa bapak engkau dari kau kenal siapa bapak engkau, buatnya dapat bapak yang macam LANUN?? macam mana...?? itu nasssssibbb laaa kan?
Dalam filem ni Kal El mendapat tahu bahawa dia ada keturunan yang mewarisi kekuatan dan kebaikan dia...makanya...macam aku cakap tadi...Tuhan menurunkan kasih sayang kepada manusia supaya manusia dapat memanafaatkan kasih sayang itu untuk sesuatu yang baik...
so...the son becomes the father...and the father becomes the son
(can you get the hidden meaning behind this?)