Disclaimer!

SILA GELAK SEPUAS HATI ANDA BILA MEMBACA BLOG SAYA...SAYA TIDAK MERASA OFFENDED SEDIKIT PUN...MALAH SAYA BERSYUKUR KERANA BERJAYA MENGHIBURKAN HATI ANDA DAN MEMBAWA SINAR BARU DALAM HIDUP ANDA...

I BELIEVE IN THE POWER OF GOOD AND EVIL AND WHAT YOU DID (LAUGHING YOUR ASS OFF AT MY BLOG) WAS SOMEHOW A BLESSING FOR ME...SEKURANG-KURANGNYA SAYA TAHU SAYA TIDAK KESEORANGAN DI DUNIA INI...SAYA ADA ANDA YANG GELAK PADA BLOG SAYA...

PLEASE DO NOT WORSHIP ME, I AM NO GOD...YOU ARE A GOD OF YOUR OWN SELF AND YOU SHOULD BE PROUD OF YOURSELF...I AM NOT MADE TO BE WORSHIPPED, IF YOU FOUND THAT I AMAZES YOU WITH MY STUPID ANECDOTE, BE AWARE THAT YOU ARE NOT AMAZED AT ME, BUT YOU ARE AMAZED AT GOD HIMSELF...SETELAH MENDAPAT HIKMAH MAKA PUJILAH TUHANMU...ALHAMDULILLAH...ITU AJE PERMINTAAN SAYA...


aku memang minat Julianne Moore sebab dia sangat jelita!!!


Ini kisah benar yang diadaptasikan untuk menunjukkan sesuatu...usaha itu tangga kejayaan dan tak kira lah betapa peliknya usaha engkau, namun kalau Tuhan kata (bukan cakap dengan kau atau aku...tapi Dia takdirkan) rezeki kau atas kehendak Aku...maka siapa kita nak menghalang kehendak Tuhan. Ini filem yang memotretkan kegigihan seorang ibu yang sanggup bersusah payah dan dikurniakan bakat semulajadi yang boleh digunapakai dan akhirnya membawa kebaikan kepada keluarga.

Evelyn Ryan ialah seorang ibu yang suka masuk setiap peraduan yang dianjurkan oleh mana-mana pihak atau pengiklan dan dia selalunya menang macam-macam benda termasuk benda yang pelik-pelik. Hasil dari tabiat suka masuk peraduan iklan tu dia dapat ramai kawan-kawan yang sekufu dengan dia...errr...maksud aku...yang sama-sama masuk competetion dengan dia.

Laki dia, Kelly...ialah seorang hopeless drunk yang sebenarnya dah tak ada matlamat hidup dan membuang kehidupan dengan mabuk-mabuk dan bersuka-sukaan. Dia sangat benci dengan tabiat bini dia yang suka masuk peraduan...sedangkan sebenarnya dia tak sedar, itulah rezeki yang Tuhan telah tetapkan untuk keluarga dia...sehinggalah akhirnya berlaku satu tragedi ngeri di mana laki Evelyn ni telah memajak rumah depa untuk tujuan beli arak dan berseronok-seronok sehingga perbuatan dia menimbulkan kebencian kepada keluarganya...

Filem ni mengajar kita mengenal bahawa...bukan setiap masa Tuhan susahkan kita...kita kena menjadi seorang manusia yang sangat kuat dan sangat tabah dan selalu berusaha sedaya upaya untuk menghadapi kehidupan sebab...dalam hidup ni mana ada benda yang mudah...not everyone were born with a silver spoon...

Namun demikian...jingle terakhir yang dibikin oleh Evelyn tu dalam filem ni membuatkan aku sangat sebak dan sangat pilu...

"so god wont ask...who is it?"

aduh!!!

Wikipedia

Search results

Powered By Blogger

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...