okay, sebab aku rasa aku sorang aje yang baca blog aku maka aku nak stop kejap dari mengomel pasal filem tapi aku nak lebih meluahkan perasaan aku kat blog tentang dugaan Tuhan pada aku dan keluarga aku sekarang...
Aku dah berkahwin dengan wife aku semenjak Disember 2009. Memang masa tu kita orang kawin tak ada majlis, kawin koboi sebab nak buat macam mana...bukan tak nak buat majlis tapi kalau dah satu Malaysia ni menghalang kau kawin secara sah dan ada orang lebih rela anak dia bersekedudukan dan melahirkan anak luar nikah (macam dia pernah buat dulu) dari meredhokan jodoh pilihan anak dia...maka jalan terakhir ialah...terpaksalah kawin kat Siam...errr, yeerrr...memang bahana kawin kat Siam ni kalau kau kawin kat sana mesti sebab utama kau nak kawin lagi satu...ataupun yang belum kawin lagi tu mesti pasal kes terlanjur...ha ha ha ha!
Pada mulanya aku rasa tertekan jugak laa kan dari mulut-mulut jahat yang mengatakan anak aku...Mohamad Edhrie Hasheim ialah anak hasil hubungan luar nikah aku dengan wife...kejap, kejap aku nak ambik calculator...aku rasa wife aku bunting gajah kot...?? sebab kita orang kawin Disember 2009, anak aku lahir Oktober 2010...rasa-rasanya lama jugak wife aku mengandung nih!!!
Semenjak kita orang kawin terlalu banyak fitnah yang wajib kita orang telan...dengan family belah wife aku yang tak serupa orang...ungkit sana ungkit sini...lepas tu fitnah aku macam-macam...tapi sebab aku fikir ni amanah Tuhan pada aku...maka aku gagahkan juga menjaga dan membela anak dan wife aku walaupun sekarang ni aku dah kena tamat perkhidmatan sebab fitnah dari belah family wife aku...apa perasaan aku bila aku telefon bahagian urusan perkhidmatan lepas tu depa kata ada seorang tua nyanyuk telefon depa mengatakan dia ada banyak bukti yang menunjukkan aku kurang waras @ gila??
Dah laa tu, kena maki hamun dengan Setiausaha Suruhanjaya tu jangan cakap laa...selamba dia kata aku GILA...sampaikan aku tak ada lesen memandu pun dipersoal...itulah sebenarnya bagaimana murahnya dan hinanya orang-orang yang macam ni sampaikan aku tak ada lesen memandu pun jadi kes???
Seriously man, masa aku baru-baru kawin...aku laa orang yang beria-ia nak merapatkan balik hubungan wife aku dengan family dia...aku cuba berbaik sangka sebab aku yakin Tuhan sayang dengan hambaNya yang suka berbaik sangka dan memperhubungkan persaudaraan...tapi malangnya wife aku kena dera, kena maki hamun dan hampir-hampir meroyan selepas lahirkan anak sulung aku...ya Allah...besar sungguh dugaanMu pada kami...
Dah laa tu pulak...masa raya tahun 2010...seriously aku cakap...wife aku sarat 8 bulan...kena halau balik ke rumah sewa aku kat Samarahan dah laa tu kena maki hamun dengan adik bongsu dia sendiri...aku senyum aje...sebab aku tunggu hukum alam dari Tuhan...what you give, you get back...Allah tetap akan sempurnakan pembalasanNya...aku gelak sendiri bila aku baca tweet adik kepada wife aku satu hari tu bila dia mengomel pasal kepala dia dah kena selipar dek tendangan adik ipar dia yang baru umur 4 tahun...Hukum Karma kau dah sampai ek???
Aku tak persoalkan sesiapa dalam hal ni but please, dont put your filthy words into my mouth...aku diajar oleh mak dan ayah aku jangan memaki orang...tapi kalau kau sendiri yang biasa memaki hamun orang dan tak malu dan segan melucah even dalam twitter kau sendiri pun penuh dengan makian dan hamunan...makanya janganlah perangai buruk engkau dipalit pada aku...aku dituduh dan difitnah memaki hamun pak mentua aku...serius gila kalau dah dia sebar fitnah kata aku bersekedudukan dengan anak dia padahal masa tu jarak antara aku dengan anak dia dalam 12 jam perjalanan dengan kereta (Miri - Kuching) dan orang yang dengar fitnah dia tu percaya bulat-bulat pulak tuh!!! apa logik alasan aku nak bagi untuk mengiakan fitnah dia padahal Miri dengan Kuching tu dekat anak ke? and yet he can get away with it!!! aduhai,..dah lah dia halau anak dia sehelai sepinggang lepas tu dia doakan dengan Tuhan mintak anak dia mengandung anak haram macam dia pernah buat dulu...mak bapak apa perangai macam nih???
wife aku selalu takut dengan benda nih,..dia kata apa yang berlaku sekarang kat family aku ni mungkin kesan dari tulah yang dia dapat sebab melawan mak bapak dia...aku cakap...kalau TULAH...Tuhan bagi cash kat kita, bukan Tuhan bagi melalui mak bapak kita...misalnya, aku cakap dengan wife aku - "kalau Tuhan tak redho kau kawin dengan aku, Dia akan tunjukkan kat kau...aku kena buang kerja pasal aku betul gila, pernah pukul dan belasah budak dekat sekolah lepas tu maki hamun orang...haaa...yang itu baru TULAH, tapi kalau laki kau ni kena buang kerja padahal dia tak ada buat benda-benda tu...dan disebabkan mulut jahat bapak kau yang fitnah dia...itu bukan TULAH...itu CELAKA ATAS BAPAK KAU...bapak kau yang buat tu...bukan Tuhan, kena bezakan" itulah ayat-ayat nasihat yang selalu aku bagi dengan wife.
Seperti yang selalu aku ngomel dalam ulasan filem aku...kalau boleh aku nak mencari makna dari semua pengalaman hidup aku...itu sebab bila aku menonton movie aku nampak apa yang orang lain tak mahu nampak...mungkin juga pengalaman hidup aku diduga sebegini menyebabkan aku lebih matang dan penerimaan aku terhadap sesuatu itu lebih kuat...
dan akhirnya aku pasti - Allah sahaja yang maha kaya yang boleh mengangkat darjat dan martabat hambaNya dan menghina hambaNya atas segala perbuatan...
Adiosss!!!