Filem ni memang pada pandangan aku ialah "the most terrifying film ever!" sebab kalau nak bandingkan dengan filem asal aku rasa filem ni lagi menakutkan...
Filem ini ialah antara satu filem yang menggunakan premis "The Cabin In The Woods" dan aku rasa Evil Dead ialah antara filem terawal yang menggunakan tema sebegini...ha ha ha!
Memang dalam filem ni menjelaskan dan menunjukkan secara visual dan grafik bagaimana syaitan-syaitan yang terlaknat ni akan menggunakan apa jua cara untuk melunaskan dendamnya kepada manusia lebih lebih lagi beberapa eon yang lampau bapak syaitan (el diablo) telah dimalukan dek seorang manusia mulia bernama Adam (salam ke atas baginda) dan bagaimana Adam berjaya memperbodohkan syaitan dengan izin Tuhannya...
Kita lihat betapa buruk dan kejinya kejahatan yang diinspirasikan oleh syaitan...dengan merobek, menerobos, menikam dan mengerat-ngerat anggota badan manusia...inilah kekejian syaitan terhadap kita...
Jadi sebenarnya aku nak sekali lagi buat analogi...apa lagi nilai engkau sebagai manusia kalau engkau pun berkelakuan seperti syaitan dalam filem ni yang keji, zalim dan pendusta paling besar di alam maya ini??
Janganlah engkau melempiaskan amarah dan perangai iblis mu di facebook mahupun di twitter kerana nampak sangat buruknya perangai engkau, memaki hamun orang sesuka hati...meng ass hole kan ahli ahli agama...terpujikah perangai kau?? sesudah kau maki alim ulamak...kau ucapkan pula Alhamdulillah pada tweet kau selepas puas kau memaki...apa barang geng???
yes...this is the most terrifying film I ever see!!!
