Filem ini ialah filem makanan para para wali dan para para sakura (he he he!) kerana kedalaman mesejnya membuatkan engkau perlu turun lebih dalam sedalam lautan Atlantik untuk cuba mencari makna filem ini.
Aku melihat watak Babydoll sebagai representasi setiap makhluk yang diberi nama manusia. Walaupun terdapat pelbagai cabaran dan dugaan yang harus dihadapi mengikut kemampuan seseorang...cuma satu aje ubat yang mampu digunakan untuk menyelamatkan semua keadaan - yakin bahawa kita sendiri adalah penentu masa depan dan destinasi hidup kita.
Filem ini walaupun setengah orang mengatakan sebagai filem warna warni yang tak cukup sifat...namun aku sebagai peminat setia Zack Snyder yang pernah membuatkan aku separuh gila menonton filem remake Dawn Of The Dead nya dan dua tiga filem dia yang bagak best...
Semua orang yang berfikir dan mendalami maksud kemanusiaan dalam filem ini boleh membuat hubungkait antara pengalaman hidupnya sendiri dengan watak-watak dalam filem ni...filem ni cuba mentafsirkan maksud kehidupan dalam tiga lapisan yang berbeza...sebenarnya makna hidup seseorang itu hanya akan terjawab sekiranya dia memahami hidden meaning yang terdapat dalam filem ini.
Ini ialah sebuah filem hiburan ala-ala Power Puff Girls versi GI Joe yang ganas dan kejam.
Mungkin kita boleh relate dengan pancaroba yang dilalui oleh budak-budak perempuan ni dalam usaha untuk membebaskan diri dan nafsu dari belenggu.
dan akhirnya jika kita percaya - we are not alone.Tuhan sentiasa ada untuk kita...itulah senjata paling kuat dan paling hebat untuk kita...
