- Metropolis Part One - The Miracle and The Sleeper.
Di atas ni ialah petikan lirik bahagian akhir lagu Dream Theater yang boleh dikatakan sebagai kata-kata semangat untuk aku merentas pancaroba dunia nih...dalam lagu ni ada tiga part - Dance Of Death, Dance Of Deceit dan Dance Of Eternity...
inilah janji Tuhan dengan manusia...kita akan di cuba dengan kematian, ketakutan (tipu daya manusia dan dunia) dan jika kita sabar dan tawakkal...maka akhirnya eternity kita akan sentiasa diredhoi oleh Tuhan (just keep my eyes in your heart and we'll stay alive...the third arrives!)...nak mencapai yang ketiga tu amat susah!!! Aduhai...tak per merapu bukan ada orang baca pun...nasihat buat diri sendiri dan yang mendengar nasihat...ha ha ha ha!!!
14 Oktober tiap-tiap tahun ialah hari peringatan yang amat istimewa buat aku, tarikh itu ialah tarikh aku dinaikkan pangkat oleh Allah Taala dari suami kepada menjadi seorang bapak secara sah dan terpelihara...12:35 tengah hari, 14 Oktober 2010 ialah saat aku diberikan watikah pelantikan menjadi seorang pemimpin kepada seorang manusia yang sangat comel dan sangat manja serta sangat penyayang!! Aku bagi dia ni nama Mohamad Edhrie Hasheim sebab aku nak bilamana orang panggil nama dia, orang akan ingat arwah ayah aku dengan arwah atuk aku...dan kebetulan aku memang meminati dan amat kagum dengan seorang pemain gitar tersohor tempatan dengan nama yang sama...Edrie Hashim...ha ha ha ha!!!
Edhrie atau nama manjanya "tomei tanomei" (macam nama Jepun kah kah kah!) ialah seorang anak lelaki yang sangat aku kasihi dan sayangi...dia ialah seorang anak yang memahami keadaan aku dan tak pernah sekalipun komplen kalau aku amarah dengan dia...kadang-kadang aku rasa menyesal pulak selalu marah dia padahal dia baru umur tiga tahun...walaupun demikian bila aku marah dia selalunya aku bagi tau dia kenapa aku marah, akhirnya dia faham dan untuk menunjukkan yang dia sangat faham perasaan aku ketika itu...dia peluk aku kuat kuat!!!
tomei tanomei lahir dengan berat badan 3.8kg, dan susuk tubuhnya boleh dikatakan besar dan masa mula-mula aku bertemu dengan dia dalam bilik bayi...dia menangis sekuat-kuatnya sampai aku dukung pun dia menangis...aku azankan dia pun dia menangis...sampailah aku letak dia balik, aku usap-usap dada dia kemudian bila dia bukak mata nampak aku..terus dia diam, dia pegang ibu jari aku kuat-kuat dan dia senyum dengan aku...Tuhan aje yang tahu apa aku rasa ketika itu, rasa bangga, bersyukur dan redho bahawa...dalam orang ramai di dunia sebelum ni benci dan meluat dengan aku...at least masa tu aku boleh senyum sebab anak aku sendiri nampak aku buat pertama kali, boleh senyum dengan aku dan pegang ibu jari aku...Alhamdulillah...inilah tanda yang Tuhan bagi kat aku yang menunjukkan kasih sayang Dia dengan aku...syukur!!!
Anak aku ni seorang yang sangat manja, kreatif dan tidak seperti anak-anak yang lain. Dia sangat bijak, sangat peramah dan suka meniru kelakuan mak nya...wife aku suka senyum dengan orang dan suka salam orang tak kira siapa pun yang dia jumpa...aku teringat satu hari bilamana aku dengan wife serta anak aku pergi ke bangunan mahkamah magistrate di Kuching, ketika wife aku angkat tangan dengan pegawai / kerani dekat mahkamah tu tanda hormat, anak aku pun sama jugak angkat tangan dan dia ikut sebijik macam mak dia buat...aku tersenyum sorang-sorang dan aku rasa sangat bangga punyai anak yang sangat kreatif macam ni.
Namun demikian, pada awal wife aku pregnant, macam-macam cerita dan fitnah kejam dan zalim yang timbul dari mulut busuk mak dan bapak wife aku sendiri...macam-macam fitnah yang aku dan wife di palitkan...antaranya depa tuduh aku bawak wife aku kawin lari (elope)...padahal perjuangan aku dengan wife untuk mendapatkan wali hakim setelah bapak dia yang sangat kejam dan zalim tu enggan mewalikan anak dia sendiri (bayangkan...umur dah 34 tahun pun tak boleh kawin lagi...alasan bapak dia aku ni samseng, kurang ajar dan suka cari gaduh dengan family belah mak dia (chinese descendent) dengan family belah bapak dia (melayu sarawak laa konon, padahal family heritage semua dari keturunan lanun)menemui jalan buntu bilamana bapak wife aku dah lobi peguam dan semua orang dalam mahkamah syariah sampaikan depa semua percaya auta bapak wife aku tu...punyalah jahat abah wife aku sampai dia fitnah aku dengan wife bahawa aku nikah sebab wife aku dah bunting anak haram...sampai laa ni aku cakap dengan wife aku...tunggu aku mati laa baru boleh dia mengaku anak aku tu cucu dia...siapa tak marah?? tapi tak apa...nanti dia akan terima juga kesialan dari apa yang dia fitnah anak aku tu...aku pun tak tau laa apa drama mak bapak dia main...padahal dari mula aku aje yang kena...dari fitnah abah dia yang kata aku pukul wife aku masa kita orang masih study kat Uitm (tak ada laporan polis pun?) sampailah dia upah seorang crazy doctor kat Miri diagnos aku kena BiPolar Mood Disorder...aduhai...Alhamdulillah, semenjak setahun aku berhenti makan ubat, hilang dah sakit mental aku...gila apa? kalau kau tak sakit, kau makan ubat sakit mental...orang tak mental pun boleh sakit mental...Alhamdulillah, Allah tu sentiasa bersama hambaNya yang sabar.
Paling best, fitnah dia orang kata anak aku anak haram...dah laa tu pulak...mak aku pun dikatanya perempuan sundal dan aku ni anak haram sebab mak aku pernah kangkang kat laki setan dapat anak haram macam aku...errr...bayangkanlah, aku dapat sms tu dua bulan selepas ayah aku meninggal dunia...tapi orang yang sampaikan sms tu pun bapak dia baru aje mati...jadi Alhamdulillah...dia dah rasa apa yang aku rasa dulu, baru dia tau...tapi sebenarnya...ha ha ha!! Tuhan aje tau citer yang BENAR.
Aku dituduh suka maki hamun orang dan sebut perkataan F**K, S**T, A***OLE dan segala macam perkataan maki lagi...tapi kalau siapa-siapa pergi twitter anak bongsu dia...ha ha ha! hari hari makan seranah dan sumpah hamun aje...sampai ahli agama pun dia panggil RELIGIOUS A***OLE...baiknya perangai...aku rasa terbalik laa...kalau aku dikata anak haram...sebenarnya terbalik tu...dan kalau aku dikata suka maki hamun...lebih baik bapak wife aku ni sekali sekala pi tgk twitter anak bongsu dia...ha ha ha...penuh dengan najis mughollazah!!!
Dah laa tu pulak, bapak wife aku ni pi canang kat semua orang kata aku ni gila, sakit mental dan macam-macam lagi...mungkin dia fikir aku nak inbox dia ka, nak email dia maki hamun dia...entahlah...aku ingat lagi ada satu petang tu dia seranah aku, dia panggil aku B*BI depan anak aku yang baru berumur 2 bulan masa tu...kalau anak aku boleh cakap masa tu...mesti dia nasihat kat atuk dia yang meraban tuh...tapi yang bestnya, dua hari lepas bapak wife aku maki aku...anak aku mengamuk dekat tengah malam...sampai aku dengan wife cabut keluar dari rumah tu dengan kereta...bila kita orang keluar aje rumah tu...terus senyap anak aku...miracle??? itu tanda Tuhan tunjuk kat aku bahawa - get ready to rumble!!! anak aku sendiri pun benci yang bapak dia dipanggil B*BI, sebab anak aku tau aku bukan B*BI....suka-suka abah dia aje maki hamun aku...
That is why. macam mana pun orang pandang anak aku...aku tetap sayang dengan anak aku...walaupun anak aku tak dapat kasih sayang orang tua...aku rasa kasih sayang aku dengan wife aku cukup untuk buat dia happy...anak aku tak boleh berenggang dengan aku walau satu minit...dia mesti cari aku walau kat mana pun...
Buat anak aku, Mohamad Edhrie Hasheim Joll @ tomei tanomei...papa doakan tomei tanomei sentiasa riang dan ceria dan sentiasa dimurahkan rezeki, dipanjangkan akal dan sihat tubuh badan serta dipanjangkan umur...papa akan sentiasa bertanggungjawab mendidik tomei tanomei sehingga tomei tanomei dah besar dan mampu buat pilihan sendiri...papa akan didik tomei tanomei sampai besar dan apa yang tomei tanomei nak jadi...dan apa sekalipun pilihan tomei tanomei...tak akan papa larang sebab papa tak mau jadi macam atokmu yang gila kuasa dan mengongkong anak dia sendiri sampai tak tau nak buat keputusan dan tak tau nak memilih...
When you have your wings to fly...I will let you fly and I promise not to clip your wings when you can fly...papa will always support you in whatever things you do...
dan nasihat papa ------ jadilah seorang jedi warrior berkaliber dan selamatkanlah dunia!!! ha ha ha!
dan ingatlah pesan papa melalui lirik lagu ini -
"when i was a young boy, my father took me into the city, to see a marching band, he said SON WHEN YOU GROW UP WILL YOU BE THE SAVIOUR OF THE BROKEN THE BEATEN AND THE DAMNED, HE SAID WILL YOU DEFEAT THEM, YOUR DEMONS, AND ALL THE NON BELIEVERS, THE PLAN THAT THEY HAD MADE, BECAUSE ONE DAY I LEAVE YOU...A PHANTOM TO LEAD YOU IN THE SUMMER, TO JOIN THE BLACK PARADE"

