Francais filem fantasi fiksyen macam The Prophecy ni sebenarnya selain dari elemen hiburan kadang-kadang ia boleh menjadi benih yang subur untuk akal fikiran...
Bayangkan kalau apa yang berlaku dalam filem ni adalah benda yang benar-benar berlaku, macam mana keadaan manusia ye? Sudah pasti kacau bilau sebab tak ada peraturan dan makhluk ciptaan Tuhan boleh main langgar aje apa benda yang dia nak langgar...
Filem ni mempersoalkan, bagaimana kalau Jibril tu diberikan kelebihan macam manusia...boleh buat keputusan macam manusia dan boleh diberi pilihan macam manusia??? Maka inilah mungkin tema yang Gregory Widen nak kau fikir dan rasakan...dan mungkin juga selepas kau fikir dan rasakan...kau akan rasa lebih bersyukur sebab kau dijadikan sebagai seorang manusia bukan malaikat mahupun iblis....
Filem pertama ni menceritakan tentang kekuatan manusia melalui seorang detektif LAPD yang keluar dari agamanya dan menjadi seorang atheist bilamana ketika upacara naik pangkat dia di gereja dia bukakan hijab dan kelebihan melihat sesuatu yang dia sendiri tak sanggup nak lihat...Siri pertama filem ni menceritakan walau apa pun dugaan dan kesusahan yang seorang manusia tu kena lalui...akhirnya dia pasti akan berjaya walaupun dia kena berdepan dengan seorang angel yang sangat rebel...Kau fikirlah...kalau Jibril tu ada akal macam manusia...apa jadi? maka pengarah filem ni dah berjaya menjawab persoalan kau rasanya.

Filem keduanya sangat betul secara politikalnya...menggunakan tema "The Messiah" - aka - "Penyelamat Dunia" yang akan menyelesaikan peperangan para malaikat di syurga...Eheh! Kadang-kadang kita melihat betapa perlunya seorang penyelamat, padahal hanya diri kita sendiri yang dapat menyelamatkan apa-apa yang perlu diselamatkan...Makanya filem ni berkisar tentang saviour itu dan bagaimana akhirnya melalui watak Valerie, sebenarnya kita diberikan hint bahawa, semua makhluk dalam dunia ni sebenarnya boleh kenal dan nampak serta rasa kewujudan Tuhan...dan akhirnya dia perli si Jibril nih..."kau yang tak mau dengar"...aku faham maksud pompuan nih!!!

Filem ketiga ni mengajar kita...jangan main tembak aje...kadang-kadang Tuhan lempar satu benda yang kita tak faham untuk kita tahu potensi kita sebagai manusia...sama laa macam si Danyael, anak kepada Valerie Rosales dan bapak dia, Danyael Sr, yang marah-marah dan maki hamun Tuhan sebab dia kata Tuhan zalim ambik mak dengan bapak dia...dari keadaan ni aku faham kenapa orang yang terer macam arwah ayah aku, Nabi Muhammad, Nabi Isa...tak ada bapak dan mak...sebabnya...he he he! sendiri mau ingat...orang macam ni sangat special!!!
Maka diakhir filem ni barulah setelah puas dia maki hamun Tuhan...akhirnya Tuhan bagi dia - "baru ada akal"...hikmah pengajarannya disini ialah...apa-apa yang Tuhan bagi kat kita...terima aje...adalah lebih baik diterima...sebab semua benda yang Tuhan bagi tu ada kebaikan dia...ha ha ha ha! macam bagus aje aku tulis...he he!!
Filem keempat masih lagi pasal peperangan di alam ghaib...antara rebel angel dengan Tuhan...dan mengimaginasikan kalaulah Lauh Mahfuz tu dibentuk dalam sebuah kitab dan tiap-tiap hari dia akan tertulis sendiri...amacam? Baru ada akal kot? Seorang minah bernama Allison telah diamanahkan untuk menjaga kitab ni dan dia telah berjaya menyorokkan kitab ni dari seekor bapak setan bernama Belial yang sangat teringin nak baca kitab tu...sebab dia nak lawan atuk setan bernama Lucifer plak...aduhai, tinggi betul imaginasi omputeh ni ek...kadang-kadang tak boleh diterima akal...
Bab akhir installment Prophecy ni berakhir dengan gagalnya usaha jahat bapak-bapak setan untuk mengubah ketentuan Tuhan...maka akhirnya diceritakan dalam filem ni bahawa setiap perkara yang berlaku itu adalah rahsia Tuhan yang hanya Tuhan sendiri yang tahu...dan kita sebagai manusia ni hanyalah "tukul" (tool?) yang digunakan untuk menyempurnakan hasrat Tuhan yang satu...
Maka sebenarnya walaupun ini cuma cerita dongeng khayalan dan perumpamaan "what if", namun sebenarnya kita sebagai manusia yang Tuhan bagi akal melihat...maka lihatlah dengan mata hati...
Janganlah fikir kalau kau masuk gereja...maka automatik kau jadi Kristian...dan janganlah fikir kalau Kristian dan Yahudi guna nama ALLAH, maka kita ni semua Kristian dan Yahudi...aduhai!!!
Pasal nama Tuhan pun nak ke laut...Tuhan ada dalam jiwa kita...cari...tapi jangan cari dengan mata...cari dengan hati...hati bersih dan suci...itulah tempat adanya Tuhan...
Jumpalah Tuhan tiap-tiap hari...Dia rindu kat kita...sama jugak laa macam mak kita yang kat kampung tu yang rindu dengan kita he he he he!!
Sadaqallahhul azzim...!!!