Aku tersenyum seorang diri bila aku tengok tajuk utama Berita TV3 semalam - orang Islam berjaya mendapatkan hak penjagaan nama Allah dan agama lain tak boleh pakai dah nama Allah tu...alangkah murahnya aqidah umat Islam sekarang nih...bertengkar dan bertegang lidah hanya kerana nama...tapi perangai dan akhlak langsung tak dijaga...mungkin inilah orang-orang yang ditinggalkan Tuhan kerana sifat angkuh dan sombong...
Kalau bangsa yang layak mendapatkan hak penggunaan nama Allah tu sebenarnya...bangsa Yahudi yang sangat layak sebab nama Allah tu ialah sebahagian dari nama yang diberikan Tuhan dalam kitab-kitab Yahudi...Eloah. Macam Kal El, El tu nama tunggal...satu-satunya...tapi aku agak Ibrahim Ali mana belajar ni semua...dia belajar kitab hadith aje...
Nabi Isa pun membahasakan Tuhan dengan nama ALLAH...as in Elohim, Adonai, dan nama Hasheim bagi orang Yahudi...sebenarnya nama ALLAH ni boleh digunakan oleh SEMUA agama! Sebab aku rasa Ibrahim Ali dengan mamat Anti Hindu (lawyer buruk yang kalah undi kat Shah Alam tu apa ke nama dia aku lupa) lupa, kalau dia tak bagi guna nama ALLAH tu maknanya Tuhan orang Kristian tu Tuhan lain laa kot? dengan tak sengaja Ibrahim Ali dan mamat Anti Hindu apa kenamanya tu dah syirikkan Tuhan sebab dia dah kata Tuhan orang Kristian tu Tuhan lain bukan ALLAH...padahal Nabi Muhammad SAW dalam Quran dah diajar Tuhan kepada mengajak ahli kitab kepada SATU KALIMAH...mengesakan ALLAH dan tidak mensyirikkan Tuhan...aduhai...Berahim, Berahim...apa nak jadi kau ni haaa??
Ini ialah sebuah filem yang mengajar kita bahawa...kasih sayang tidak membezakan agama...kita lihat bagaimana dendam kesumat kedua-dua belah pihak yang bertelingkah dalam filem ni yang mana pengajarannya ialah...dua dua pihak memang jahil dan tidak mengenal kasih sayang...memandang satu sama lain dengan perasaan benci dan kesumat yang membara...- "dont you fear them, we are going to kill them all"...
Inilah jenisan manusia yang tidak ada langsung nilai kemanusiaan...mereka hanyut dan tumpas dalam bisikan nafsu yang tidak dapat lagi membezakan antara benar dan bathil...teringat aku lirik lagu Warhead - Extreme, "This world aint big enough for two, and I got my sights on you"...
sepanjang filem ni akhirnya kedua bangsa yang bertelingkah ni nampaknya tidak lain hanyalah pawn dan mainan bagi orang-orang berkuasa yang menjadikan mereka ni macam barua...sebenarnya kita bergaduh bertekak dan berbalah untuk kepentingan pihak-pihak tertentu yang suka menangguk di air yang keruh dan adakalanya pihak-pihak ni sangat licik dan sangat efisyen dalam menaburkan fitnah yang membawa kepada perbalahan bangsa...
apa kau ingat kau boleh lepas!!???
