Seorang manusia yang sadis ialah manusia yang paling tak ada hati perut dan nilai kemanusiaan...contohnya, filem nih...secara jujur aku tak pernah rasa seriau, marah dan tersinggung dengan movie namun bila aku menonton movie nih..,.aku rasa really disgusted!!!
Sebenarnya kita tak sedar ramai dari kalangan anggota masyarakat yang ada penyakit macam nih...walaupun depa tak sampai laa nak membunuh orang macam dalam filem ni, tapi sedikit elemen masochistic dan sadistic sebenarnya ada dalam jiwa manusia yang suka mengadu domba, mengumpat, mencerca orang dan memperlekehkan orang lain...
Cuba bayangkan manusia-manusia macam ni mendapatkan kenikmatan dan keseronokan serta kepuasan dari menghina orang, mencerca orang dan menindas orang...ini laa manusia jenisan tak berakal fikiran...
para bijak pandai menyebut...bila kita berada dikalangan orang yang suka mengumpat, maka larilah dari kalangan orang tersebut kerana mungkin kita akan tersampuk dengan penyakit mental depa tu...
dan aku rasa mengumpat, mencerca dan menghina adalah satu kelompok dari penyakit mental ala sadistic personality disorder...feeling pleasure through others pain/disability/shortcomings.
aduhai!
