Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.
Sesungguhnya mamat bernama Guido Orefice ni kalau dia wujud dalam dunia ni, sebenarnya seorang manusia yang mempunyai ilmu di sisi Allah...aku selalu berharap kalau-kalau aku dapat jadi macam mamat nih...mendidik anak dia dengan penuh taqwa dan hikmah...
Mamat ni mempunyai sejarah yang lebih kurang sama macam aku...mencintai seorang pompuan yang akhirnya terpaksa kawin dengan pompuan tu dengan cara yang tak berapa nak elok...aduhai!!
Aku amat meminati cara mamat ni mendidik anak dia, walau dalam keadaan apa sekalipun...walau dalam kem tahanan sekalipun dia tetap memberikan didikan yang baik buat anak dia...sampaikan anak dia tak merasa apa apa pun malah rasa seronok sebab anak dia percaya sangat dengan cakap bapak dia tu...alahai!
inilah salah satu pengajaran yang amat membina...kasih sayang seorang bapak sehingga sanggup dia berkorban dan mengorbankan diri dia demi zuriat yang tercinta...
sesungguhnya orang-orang begini sangat kukuh imannya kepada Tuhan...sebab dia diajarkan ilmu yang sangat hebat!
