cuba kau bayangkan klise filem nih...predictable atau tak? compare dengan siri TV murahan reality yang lain...lebih kurang aje kan?
aku masih menunggu untuk baca blog di mana ada seorang blogger berani membuat kayu ukur di mana dia akan hujjahkan bahawa - there is nothing good about Hollywood movies too...ulang-ulang klise yang sama macam tak ada benda lain nak letak dah!
That is why, aku bukanlah nak mengutuk sesiapa cuma ingin menyedarkan...bahawa tak salah mengkritik tapi kita letak tempat kita di tempat depa...dengan pasaran yang begitu dan kehendak yang begitu...kau rasa kalau tiba-tiba ada produser filem bikin filem macam Superman, ada ke orang nak tengok?? for sure pulak Bourgeois Elitist nih akan kata - tak ada identiti ke tiru mat salleh?? diluah mati bapak...ditelan mati mak...susah jadi produser filem nih! asyik kena kutuk aje...aku simpati dengan Ahmad Idham...aku memang salah seorang peminat filem dia...at least dia ada usaha nak mewarnai filem industri jika dibayangkan orang-orang di blog yang suka kutuk dia...Aziz M Osman pun sama...walaupun bagi aku dialog filem dia klise macam kayu...tapi aku tetap menonton semua filem dia...kutuk, kutuk juga tapi kena support...at least tak lah panas hati depa sampai kata..."pi belajar tinggi baru boleh kritik!"...aku yang belajar tinggi ni terasa tau dak!! ha ha ha!!
Okay, ini filem pasal...dalam setiap zaman mesti ada watak Joan of Arc, Maryam A.S. dan watak-watak pejuang yang berjuang demi bangsa dan negara...dan depa nih adalah epitome perjuangan membela kaum-kaum tertindas dan suka dizalimi oleh puak-puak upper class yang pakai Ferrari ha ha ha!!!.
Dalam setiap zaman Tuhan akan turunkan "jiwa suci" yang benar-benar akan menunjukkan kepada manusia bahawa...There is only ONE...and you could be THE ONE.Kepada yang celik akal, mereka melihat ini sebagai satu sunnah dan janji Tuhan di mana Dia akan menurunkan seorang manusia yang sangat cekal dan akan mengenalkan kepada kemanusiaan, siapa dia Tuhan dan dekat mana Tuhan itu berada...he he he!
Dan watak Katniss Everdeen nih bagi aku sama macam klise Lord of The Rings yang sebenarnya filem Hollywood pun banyak yang lagi klise juga...hero mati dulu...lepas tu hero bangun melawan..lepas tu hero mati lagi...lepas tu bla bla bla bla!!!
Lepas tu hero kena lalu macam-macam penipuan dan penindasan, hero kena belajar mengenal diri dia sendiri dan lepas tu last-last hero mesti menang!!
Klise gila babi kan???
tapi siapa pun tak perasan...
tapi, seperti biasa, aku tak beli filem nih...wife aku yang beli...aku tumpang nonton aje...dan seperti biasa...aku belajar merendah dan menghina diri dari wife aku...zaman aku mendongak dan mendabik dada zaman aku power dulu dah habis...aku kini seorang marhaen yang melihat apa yang wife aku lihat...and it was good...!
and then some??

