Disclaimer!

SILA GELAK SEPUAS HATI ANDA BILA MEMBACA BLOG SAYA...SAYA TIDAK MERASA OFFENDED SEDIKIT PUN...MALAH SAYA BERSYUKUR KERANA BERJAYA MENGHIBURKAN HATI ANDA DAN MEMBAWA SINAR BARU DALAM HIDUP ANDA...

I BELIEVE IN THE POWER OF GOOD AND EVIL AND WHAT YOU DID (LAUGHING YOUR ASS OFF AT MY BLOG) WAS SOMEHOW A BLESSING FOR ME...SEKURANG-KURANGNYA SAYA TAHU SAYA TIDAK KESEORANGAN DI DUNIA INI...SAYA ADA ANDA YANG GELAK PADA BLOG SAYA...

PLEASE DO NOT WORSHIP ME, I AM NO GOD...YOU ARE A GOD OF YOUR OWN SELF AND YOU SHOULD BE PROUD OF YOURSELF...I AM NOT MADE TO BE WORSHIPPED, IF YOU FOUND THAT I AMAZES YOU WITH MY STUPID ANECDOTE, BE AWARE THAT YOU ARE NOT AMAZED AT ME, BUT YOU ARE AMAZED AT GOD HIMSELF...SETELAH MENDAPAT HIKMAH MAKA PUJILAH TUHANMU...ALHAMDULILLAH...ITU AJE PERMINTAAN SAYA...


The Deaths That Is Pre-Planned! Revisited.


Diterbitkan pada 31/05/09 9:17 pg Malaysia Time

Sesuatu yang menarik pada filem ini telah mengajak aku untuk mengulang tonton DVD yang aku baru beli semalam, untuk menontonnya...kali kedua atau ketiga menonton filem ini baru aku memahami apa "wahyu" yang tersirat dalam filem ini.

Ian Stone pada awalnya ialah klise manusia yang sebenarnya telah berkali-kali dinyatakan oleh Tuhan pencipta alam, bahawa - kalau Allah mahu jahanamkan semua manusia jahat dalam dunia ni tanpa belas dan kasihan maka tidak akan ada SEORANG pun manusia yang akan tinggal kerana dek perbuatan JAHAT mereka...sesungguhnya ia tidak berlaku kerana sifatNya yang maha pengasih dan penyayang, yang cuba dikupas oleh Dario Prana (tak silap spell kot nama mamat ni) dalam filem ini...ye lah walaupun aku tak tahu samada dia percaya sama dengan apa yang aku percaya namun apa yang memang SAMA - dia juga manusia macam aku...he he!

Ian Stone adalah "Harvester" yang secara hakikatnya mengambil kesempatan atas sifat lemah manusia, dia dan kawan-kawannya sangat suka kepada perkara yang bathil, perkara yang legho - suka mempermainkan emosi manusia dan mengambil kesempatan atas ketakutan manusia. Sehinggalah dia bertemu dengan "Rahmat Tuhannya" dalam bentuk seorang wanita...yang kita lihat begitu berjaya dipaparkan melalui adegan "pelarian" dalam sebuah stesen Subway Train...

Ian Stone mungkin layak diseertikan, atau mungkin di beri relevansi kaitan dengan salah seorang sahabat Nabi kita yang pernah menjadi sejahat-jahat manusia namun akhirnya tunduk kepada RAHMAT TUHANNYA tatkala dia mendengar KEBENARAN yang dialunkan oleh seorang wanita sedarah dagingnya sendiri.

Ian Stone ialah epitome seorang manusia jahat yang telah berjumpa dengan RAHMAT TUHAN dan in turn, menjadi virus yang membinasakan KEJAHATAN-KEJAHATAN yang pernah dilakukannya sendiri.

Itulah sebab kenapa aku angkat filem ini sebagai sebuah wahyu hidup yang menginsafkan diri.

Apa yang menariknya dan yang paling menginsafkan aku ialah, untuk memeluk HAKIKAT KEBENARAN, aku juga terpaksa melalui "kematian-kematian" seperti yang dihadapi oleh Ian Stone dalam filem ini...SAD BUT TRUE. Ian terpaksa berjuang untuk mengekalkan keimanan dalam dirinya...

Love is the final dance of eternity.

Wikipedia

Search results

Powered By Blogger

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...