Disclaimer!

SILA GELAK SEPUAS HATI ANDA BILA MEMBACA BLOG SAYA...SAYA TIDAK MERASA OFFENDED SEDIKIT PUN...MALAH SAYA BERSYUKUR KERANA BERJAYA MENGHIBURKAN HATI ANDA DAN MEMBAWA SINAR BARU DALAM HIDUP ANDA...

I BELIEVE IN THE POWER OF GOOD AND EVIL AND WHAT YOU DID (LAUGHING YOUR ASS OFF AT MY BLOG) WAS SOMEHOW A BLESSING FOR ME...SEKURANG-KURANGNYA SAYA TAHU SAYA TIDAK KESEORANGAN DI DUNIA INI...SAYA ADA ANDA YANG GELAK PADA BLOG SAYA...

PLEASE DO NOT WORSHIP ME, I AM NO GOD...YOU ARE A GOD OF YOUR OWN SELF AND YOU SHOULD BE PROUD OF YOURSELF...I AM NOT MADE TO BE WORSHIPPED, IF YOU FOUND THAT I AMAZES YOU WITH MY STUPID ANECDOTE, BE AWARE THAT YOU ARE NOT AMAZED AT ME, BUT YOU ARE AMAZED AT GOD HIMSELF...SETELAH MENDAPAT HIKMAH MAKA PUJILAH TUHANMU...ALHAMDULILLAH...ITU AJE PERMINTAAN SAYA...


Setan? Pakai Prada? Mungkin?!


Mungkin tajuk filem nih ada makna literal yang perlu kau kupas dalam-dalam? Mungkin juga tajuk dia satu perlambangan sinikal bahawa...setan juga pandai bergaya? entah!? tak perlulah aku hujjahkan benda nih dalam-dalam asalkan aku enjoy menonton filem dia dan mendapat pengajaran...sudahlah!

Filem ni ajar kau tatacara politik pejabat...dalam rantaian kitaran makanan...dalam opis kau ada satu orang king kat atas yang kau kena jilat, kau kena galas, kau kena buat macam-macam...apa nak buat? kau siapa nak persoal...dia Durian...kau tu...timun aje...sedar diri tu sikit ha ha ha!!

Atas masalah politik pejabat ni lah kadang-kadang kau rasa macam tak best aje kerja...kau rasa macam kau tak boleh evolved terutama sekali kalau bos kau macam James Hetfield dalam Metallica..."kau boleh kreatif dalam band aje...kau buat project band...you are out!"...

Boss yang baik ialah bos yang faham kreativiti kau, bos yang nampak apa kau boleh buat dan bos yang tak akan persoal apa benda kau nak buat...malah dia akan bagi kau segala macam premis untuk kau jelajahi...tapi kadang-kadang..."knowing too much will kill you"...kalau bos kau kata - "yes, you can criticise me, you can advise me of my decision, I am all open to you"...kau hati-hati...sebenarnya dia nak bantai kau tuh!!

baik kau jadi boss macam Miranda nih, dia suka ke tak suka ke...sama aje reaksi dia...mungkin pada mulanya kau akan anggap dia besar kepala...tapi sebenarnya inilah boss idaman aku...kau tak ada ruang nak kritik dia sebab dia perfect segala...seriously boss macam nih kalau ambik aku kerja...aku rela kerja dengan dia gaji RM900 sampai aku mati...sebab boss macam nih...dia tak ada gunting dalam lipatan...walaupun dia nampak kau serba boleh...dia tak akan tunjuk dengan kau sebab...boss macam nih...High Maintenance...ha ha ha!!!

Tapi sampai sekarang aku tak pernah jumpa boss macam nih, 

ada ke??

he he he!!!

Wikipedia

Search results

Powered By Blogger

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...