Filem ni berkisar tentang anti-villain (biasanya kita dengar anti-hero aje kan?) yang cuba merujuk kepada pegangan dan falsafah hidup sekumpulan vampire yang cuba hidup seperti manusia biasa yang penuh kasih sayang walaupun ironinya mereka ini makhluk lapar pemangsa yang sukakan darah. Semangat kekeluargaan anntara sekumpulan pontianak ngeri dan seekor serigala jadian menguatkan aspek penceritaan filem ni yang cuba mengajar kita nilai nilai moral yang cuba diterapkan.
Tak kisah lah kau bapak hantu sekalipun tapi kalau Tuhan dah tetapkan kau akan jadi orang baik maka jalan kau tetap akan jadi orang baik baik.
Semangat setiakawan dan pengorbanan yang tidak mengenal paras rupa, warna kulit, keturunan dan jenis hantu sekalipun tetap terserlah dalam filem ini menjadikan ia sesuatu yang amat menarik di ulang tonton berkali kali kerana kekuatan nilai baik dan moral yang cuba disampaikan...filem ni juga berkisar tentang JIHAD dan struggle dalam hidup dan bagaimana strategi dan perancangan untuk berjihad ke jalan yang benar itu perlu bagi setiap manusia even vampire sekalipun, Wajar dilihat semangat kesatuan vampire vampire yang cuba menggulingkan peranan dan kekuatan vampire berdarah (pun intended lagi sekali) biru aka The Volturi yang kerjanya menzalim dan menindas...sesungguhnya wajah para para penjihad dan awliya amat jelas dan nyata sekali dalam filem ini...Usaha itu tangga kejayaan dan jangan jemulah nak berusaha memperbaiki diri....itulah ajaran penting keruhanian (he he!) yang terdapat dalam filem ni...
Aku tgh tunggu blu ray box set original dan for sure confirm aku bikin koleksi filem filem ni...legend!
