Disclaimer!

SILA GELAK SEPUAS HATI ANDA BILA MEMBACA BLOG SAYA...SAYA TIDAK MERASA OFFENDED SEDIKIT PUN...MALAH SAYA BERSYUKUR KERANA BERJAYA MENGHIBURKAN HATI ANDA DAN MEMBAWA SINAR BARU DALAM HIDUP ANDA...

I BELIEVE IN THE POWER OF GOOD AND EVIL AND WHAT YOU DID (LAUGHING YOUR ASS OFF AT MY BLOG) WAS SOMEHOW A BLESSING FOR ME...SEKURANG-KURANGNYA SAYA TAHU SAYA TIDAK KESEORANGAN DI DUNIA INI...SAYA ADA ANDA YANG GELAK PADA BLOG SAYA...

PLEASE DO NOT WORSHIP ME, I AM NO GOD...YOU ARE A GOD OF YOUR OWN SELF AND YOU SHOULD BE PROUD OF YOURSELF...I AM NOT MADE TO BE WORSHIPPED, IF YOU FOUND THAT I AMAZES YOU WITH MY STUPID ANECDOTE, BE AWARE THAT YOU ARE NOT AMAZED AT ME, BUT YOU ARE AMAZED AT GOD HIMSELF...SETELAH MENDAPAT HIKMAH MAKA PUJILAH TUHANMU...ALHAMDULILLAH...ITU AJE PERMINTAAN SAYA...


Sesungguhnya ada pengajaran pada filem ini ha ha ha!

Apabila aku sudah mula meminati sesebuah filem yang menginsafkan dan mengajar aku menjadi manusia (pun intended) maka sudah semestinya aku akan kumpul semua versi dari vcd, dvd sehinggalah ke bluray...bukan apa, supaya nanti anak cucu aku pun akan dapat menghayati pengajaran dari filem-filem yang aku tonton ini.

Sememangnya koleksi bluray, dvd dan vcd aku penuh dengan kisah kisah kebenaran dan bukan sekadar dongeng dan fiksi...walaupun filem ini sebenarnya sebuah fiksi yang tidak akan menjadi kenyataan, namun intipatinya yang sejati dan berlandaskan kebenaran hakiki akan tetap menjadi pujaanku sampai bila bila.

Pertama kali melihat filem ini dari sudut cover depannya, aku merasakan mungkin ini satu lagi karya Stephanie Meyer yang mungkin juga cuba membuat duit dari sudut romantisme yang digaul dengan elemen gore dan brutality serta mungkin sedikit shock element yang sudah semestinya bertemakan monster dan makhluk jahat makan orang dan hisap darah orang. Namun sekali lagi setelah aku menontonnya, maka aku beranggapan bahawa filem ini bukanlah satu lagi filem Twilight versi Zombie, sebaliknya filem yang ada nilai nilai tinggi yang wajar difikirkan bersama.

Makhluk jadi-jadian (zombie) yang hanya mahu dikenali dengan nama R (mungkin Robert Pattinson? ha ha) merupakan naratif (pencerita utama) pada filem ini. Menceritakan pandangan seorang zombie, R sedikit demi sedikit berjaya membuatkan kita berfikir tentang kehidupan dan mungkin juga "hidup selepas mati"? (pun intended sekali lagi). R mungkin tidak lagi hilang nilai kemanusiaannya, mungkin dalam filem ini, masih ada lagi nilai kemanusiaan dalam seorang zombie bernama R ini yang sebenarnya seorang zombie yang sangat keliru dan sangat confuse (errr??? hiperbola melampau ha ha!) Dari kekeliruannya itu dia mula mencari erti sebenar kehidupan (ironik?) selepas mati dan cuba menjadi seorang zombie yang produktif. Hanya setelah dia memakan otak boyfriend kepada bakal awek nya maka dia mula mengenal erti sebenar kehidupan dan betapa bahagianya "hidup" dari "mati". Dari perkenalannya dengan aweknya itu sedikit demi sedikit dia berubah menjadi seorang yang lebih "hidup".

Pengajaran utama pada filem ini yang aku sangat minat ialah bagaimana "perubahan" itu akan tetap berlaku...bagaimana fitrah ketuhanan itu akan tetap terjadi dan bagaimana kebenaran yang hakiki itu akan tetap datang dan masuk ke dalam "hati" dan "jiwa" para zombie zombie yang sebelum ini hanyut dalam arus materialiti...ha ha...perumpamaan aje tu ye? Bagaimana makhluk tidak bernyawa ini akhirnya berjaya masuk ke dalam hakikat kebenaran dan mula sedikit demi sedikit berubah dan berhijrah kepada keadaan yang lebih baik dan sejahtera. Sebenarnya ini ialah sebuah filem yang mengajak kita "berfikir" dan memilih...dan R telah berjaya membuat pilihannya yang terbaik...kembali kepada "kemanusiaan".

Dan sebenarnya "kemanusiaan" itu ialah kebenaran yang amat HAKIKI...belajarlah dari zombie zombie dalam filem ini ha ha ha!

Wikipedia

Search results

Powered By Blogger

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...