Disclaimer!

SILA GELAK SEPUAS HATI ANDA BILA MEMBACA BLOG SAYA...SAYA TIDAK MERASA OFFENDED SEDIKIT PUN...MALAH SAYA BERSYUKUR KERANA BERJAYA MENGHIBURKAN HATI ANDA DAN MEMBAWA SINAR BARU DALAM HIDUP ANDA...

I BELIEVE IN THE POWER OF GOOD AND EVIL AND WHAT YOU DID (LAUGHING YOUR ASS OFF AT MY BLOG) WAS SOMEHOW A BLESSING FOR ME...SEKURANG-KURANGNYA SAYA TAHU SAYA TIDAK KESEORANGAN DI DUNIA INI...SAYA ADA ANDA YANG GELAK PADA BLOG SAYA...

PLEASE DO NOT WORSHIP ME, I AM NO GOD...YOU ARE A GOD OF YOUR OWN SELF AND YOU SHOULD BE PROUD OF YOURSELF...I AM NOT MADE TO BE WORSHIPPED, IF YOU FOUND THAT I AMAZES YOU WITH MY STUPID ANECDOTE, BE AWARE THAT YOU ARE NOT AMAZED AT ME, BUT YOU ARE AMAZED AT GOD HIMSELF...SETELAH MENDAPAT HIKMAH MAKA PUJILAH TUHANMU...ALHAMDULILLAH...ITU AJE PERMINTAAN SAYA...


Atas Nama Cinta??

Ada dua maksud dalam tajuk filem ni, 1) dengan nama tuhan 2) dengan nama bapak (bapak sesiapalah).

Filem ni mencerminkan kedua-dua maksud ini. Menceritakan tentang Gary Conlon, seorang anak muda yang naif dan melalui zaman-zaman remaja dan dewasanya berkelahi dengan bapaknya. Walaupun jelas dalam filem ni betapa bapaknya amat-amat mengasihi dia.

Dia telah dituduh mengebom sebuah pub di Guildford dan melalui paksaan dan ugutan pihak berkuasa British, dia akhirnya terpaksa mengakui yang dia bertanggungjawab mengebom pub tersebut.

Ini ialah kisah benar yang sampai sekarang memberi "kemaluan" kepada sistem perundangan British atas tindakan ala Gestapo mereka yang menzalimi dua beranak yang tidak bersalah.

Dalam filem ni kita lihat bagaimana konflik dua beranak ni dalam penjara di mana anaknya leka dengan hiburan dan menghisap ganja manakalah bapaknya terpaksa struggle untuk membersihkan namanya dari fitnah kerajaan British. Sehinggalah pada satu ketika bapaknya mati di dalam sel penjara dan bermulalah kesedaran anaknya mencari kebenaran.

Filem ni aku tonton pertama kalinya di pawagam pada tahun 1993, memang emosi aku nonton filem ni sebab aku memang suka filem yang berlatarbelakangkan kasih sayang anak dan ayah, teringat dengan arwah bapak aku.

Pengajaran pada filem ni amat mendalam kerana ia amat emosional, bagaimana seseorang itu dizalimi dan dia tidak dapat melakukan apa-apa...namun demikian, atas nama tuhan...kebenaran akhirnya terbuka bilamana kita berusaha tanpa jemu.

dan akhirnya filem ni seperti biasa komen aku...amat, amat, amat menginsafkan!

Dongeng Paperback Yang Menginsafkan...

Masuk kali kelima aku menonton dvd ni dan setiap kali tontonan aku, mesti aku mendapat hikmah yang amat menarik untuk difikirkan bersama.

Harold Crick ialah seorang kakitangan kerajaan yang amat efisyen dan menjalani hidup dengan penuh bersistematik sehinggalah satu hari berlaku satu bentuk "divine intervention" mungkin? yang membuatkan hidupnya menjadi kucar kacir dan tunggang terbalik disebabkan di akhir naratifnya, suara yang didengarnya dalam kepalanya mengatakan - "little did he know..." yang akhirnya mengatakan bahawa dia akan mati tak lama lagi dan takdir itu tidak dapat dielakkan.

Maka dari titik itu, Harold Crick dah jadi tak tentu arah, meracau merapu macam orang gila dan kita tidak lagi melihat rutin normal kehidupannya dan sedikit demi sedikit kita melihat berlaku perubahan dalam hidupnya, dia tidak lagi mengira berapa kali dia berus gigi dia, dia tak lagi pakai tali leher dan kehidupan dia berlaku secara spontan.

Kejadian ini memberikan pengajaran bahawa manusia itu kadangkala terpaksa diberikan kenyataan yang amat memilukan dan menakutkan sebelum dia berubah secara sukarela, samalah seperti gesaan, ancaman dan dorongan yang selalu Tuhan berikan dalam kitabNya, siapa yang nak berubah akan mengambil ia sebagai suatu bentuk galakan yang membina, sama juga kenyataannya seperti watak Harold Crick ni, dia mencari-cari punca dan sebab kenapa dia perlu mati, sehinggalah takdirnya menemukannya dengan sipenulis yang menjadi naratif kepada segala perbuatan dan kehidupannya sebelum ini.

...setelah membaca teks yang diberikan oleh sipenulis, maka kita lihat sekali lagi bagaimana watak Harold Crick ni menerima kenyataan dengan hati yang tenang dan merelakan dirinya di"mati"kan kerana katanya, tulisan itu ialah epik hebat sepanjang zaman dan ia akan menjadi sia-sia sekiranya wataknya tidak dimatikan...

...dan akhirnya, kita memahami makud UJIAN dan DUGAAN dalam HIDUP...dan filem ini amat menginsafkan dan membuka mata terhadap sesuatu yang dinamakan...KEHIDUPAN.


Pulpy...Too Pulpy For Consumption...eh?

Dikira sebagai sebuah filem yang amat bergaya dari sudut penceritaan dan perwatakan, ini ialah sebuah filem yang mengutarakan persoalan-persoalan bodoh yang dipandang bijak oleh marhaen macam aku.

Aku adalah peminat tegar juga kepada si pembuat filem, Quentin Tarantino, kerana semua filem-filem buatannya memang banyak mengutarakan elemen-elemen hiburan dan intelek yang melampau-lampau kronik.

Filem ini diceritakan dalam bentuk bersepah-sepah tak ada permulaan, pertengahan dan penghabisan...sebab ceritanya hanya berkisar pada adegan di dalam restoran di mana berlaku rompakan yang dilaksanakan oleh pasangan paling romantik dalam filem - "Pumpkin" dan "Honey Bunny".

dan ditengah-tengah plot cerita ini, berlakulah jalan penceritaan tunggang terbalik yang menambahkan aura misteri pada filem ini.

Aku masih tertarik dengan adegan ceramah ugama yang diberikan oleh Jules Winfield kepada pasangan perompak di akhir cerita dan pada awal cerita dimana mereka menggelidah apartment untuk mendapatkan "barang" boss mereka...Terdapat pengajaran dalam ceramah ugama Jules ni kerana dia memberikan ceramah dengan cara yang amat berbeza, maka disini timbul satu persoalan tentang "berdakwah dengan hikmah"...maka si Jules ni mampu mengubah dan berdakwah kepada pasangan tersebut untuk mengubah cara mereka...hui! macam tu caranya nak berdakwah..,ada masa kena lemah lembut dan ada masa, tembak dan pancung sampai mati...

...dan akhirnya Quentin Tarantino tetap menjadi pujaan hatiku!

Mimpi ngeri di Elm Street...mengigau!

Freddy Krueger bermula sebagai seorang slasher yang menggerikan dan amat misterius kerana stail pembunuhan yang dilakukannya amat out of this world. Beliau menyusup masuk melalui mimpi ngeri mangsanya, bermain-main dengan perasaan mangsanya dan menakut-nakutkan mangsanya dengan practical joke dan tahap trauma melampau lantas terus mengambil nyawa mangsanya dalam tidur...

Filem pertama menyaksikan bagaimana Nancy Thompson memulakan epik sipembunuh bersiri yang menakutkan di dalam tidur ini dengan mengatakan kepada dirinya sendiri, "you are not real"

Freddy Krueger ini amat licik membunuh mangsanya dan beliau amat bijak mempermainkan mangsanya terutama ketika mangsanya ketakutan di dalam tidur...

Johnny Depp dan penampilan pertamanya dalam sebuah filem slasher...not bad!
Filem keduanya masih mengekalkan Freddy Krueger sebagai pembunuh bersiri yang licik kerana filem ni memang pasal dia pun...Freddy's Revenge merujuk kepada dendam kesumat Freddy kepada penduduk-penduduk Palm Springs kerana telah menamatkan kesukaan nya kepada kanak-kanak kecil dan berpakat beramai-ramai membakar gudang dengan dia-dia sekali terbakar hangus...

Nancy Thompson ditiadakan dalam filem kedua ni, memberikan peluang kepada orang lain pulak menjadi mangsa roh jahat - Freddy Krueger ni. Modus operandinya kini ialah menggunakan jasad budak bernama Jesse ni untuk membunuh bagi pihak dia...dan seperti biasa budak yang innocent dan baru akil baligh ni terpaksa menjadi pencacai kepada si Freddy Krueger ni untuk melempiaskan nafsu membunuhnya.

Filem kedua ni tak berapa menarik pada pandangan aku sebab tak ada aksi-aksi menarik di mana mangsa-mangsa si Freddy boleh bertindak balas dan membelasah Freddy separuh mati macam dalam filem ketiga franchise Elm Street ni...

Franchise ketiga ni agak menarik kerana bebudak yang selalu kena buli dengan Freddy dalam tidur mereka akhirnya bertindak balas dan ada yang sempat membelasah Freddy separuh mati dalam filem ni. 

Filem ketiga ni mengembalikan watak Nancy Thompson sebagai  kaunselor kepada budak-budak yang bermasalah dalam tidur ni. Mereka telah menemui cara untuk berhadapan dengan Freddy Krueger dan seperti biasa, penipu besar macam Freddy Krueger ni memang sukar untuk dikalahkan...

Bagi aku filem ketiga ni agak grand kerana budak-budak tu at least ada la jugak chance nak belasah mamat ada four finger claw kat tangan dia ni sekurang-kurangnya tak lah pathetic sangat melihat bebudak ni terjerit-jerit mintak nyawa sebelum nak mati.

Filem ni juga menyaksikan bagaimana Freddy mati sekejap apabila tulang-tulangnya dicurah dengan holy water dan minyak gasoline yang mengakibatkan akhirnya dia mati buat pertama kali dalam wayangnya sendiri.

Filem keempat ni pulak memperkenalkan seorang Dream Master yang boleh mengawal mimpi dan mengubah apa-apa yang ada dalam mimpi tersebut.

Beberapa orang watak dalam filem ketiga franchise ni   memulakan kehidupan baru setelah mereka berjaya keluar dari pusat pesakit jiwa.  Malangnya watak Kristen dalam filem ketiga tersebut mula memimpikan benda-benda pelik dan terpaksa menarik kawan negro dia, Kincaid dan anjing kesayangannya dalam mimpi di sendiri.

Dalam filem ni juga bebudak ni mula berkawan dengan Alice Johnson yang merupakan Dream Master yang bakal menendang bontot Freddy Krueger berkali-kali termasuklah dalam franchise filem yang seterusnya...
...Dan  seperti biasa, Freddy Krueger tak sudah-sudah dengan perangai paedophile dia dan kesukaannya terhadap bebudak kecik...

Freddy Krueger dapat satu akal untuk kekal membunuh dalam filem ni sebagai reincarnation seorang budak yang in turn ialah anak lelaki kepada Alice Johnson, Dream Master yang telah mematikan dia dalam franchise yang keempat sebelum ini.

Namun malangnya, kalau dah jahat, lepas tu ada hati pulak nak  mencemarkan baby yang suci dan murni atas plan jahat dia, maka akhirnya teruklah dia kena belasah!

Filem ni menceritakan asal usul Freddy Krueger dan bagaimana akhirnya dia kembali ke keadaan asalnya...

Filem ni adalah filem kedua terakhir yang mana filem seterusnya menyaksikan bagaimana setan jahanam ni akhirnya dibunuh oleh darah dagingnya sendiri...such an irony!



Filem "terakhir" dari franchise ni (ironinya filem ni terlalu hebat pada mata peminatnya sama seperti filem Hellraiser yang mana selepas filem yang terakhir kononnya, masih ada jugak spin off  (Freddy vs Jason) dan reboot filem ni (Wes Craven's New Nightmare)

Filem ni berkisar kepada bagaimana Freddy, melalui anjing suruhannya, pergi mencari darah dagingnya yang merupakan anaknya sebelum dia mati secara tragis...untuk menyambung tradisi Palm Springs, kerana katanya - setiap pekan ada Elm Street nya sendiri...

ha ha ha!

..dan akhirnya Freddy Krueger pun mati dalam keadaan yang sangat sadis...

Filem ini adalah  filem pilihan aku dalam banyak-banyak filem franchise Freddy Krueger sebab elemen oneiric nya yang amat melampau-lampau...






A Perfect Pelarian...rasanya!

Jangan lihat buku dari kulitnya sahaja, kena baca dan faham...begitulah maksud filem ni, ia menjelaskan kadang-kadang impression pertama tidak semestinya benar.

Cliff dan Cydney ialah pasangan newlyweds yang sedang celebrate bulan madu mereka dengan melakukan hiking di sebuah pantai terpencil di Hawaii. Mereka kemudianya ditemani oleh oleh satu lagi pasangan yang disyaki pada mulanya oleh penonton sebagai pasangan serial killer yang disyaki membunuh beberapa newlywed couple di kawasan tersebut dan akhirnya kita di twist dengan satu epik penamat yang tiada taranya...

Filem ni lebih bersifat suspens dan membuatkan penonton bodo macam aku ni tertanya-tanya dan meneka-neka siapa sebenarnya pembunuh bersiri dalam filem ni..dan akhirnya ia terjawab dengan twist paling keren abad ini.

Aku rasa taraf penceritaan filem ni hampir menandingi karya-karya ulung Alfred Hitchcock yang amat misteri dan unik kerana kita tidak akan percaya bahawa pembunuh sebenarnya ialah pasangan yang paling innocent dalam filem ni...selamberrrrrr...

Memang ini ialah sebuah filem yang aku bagi A++ sebab jalan cerita dan penamatnya memang...lagenda!!!

Wikipedia

Search results

Powered By Blogger

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...