Chloe Grace Moretz ialah seorang pelakon yang sangat sesuai untuk memegang watak seorang "outcast" lagenda klasik hasil nukilan Stephen King (sama taraf penulis fiksi macam pak mentua aku ha ha!) yang sangat keren dan sangat "benar" - Carrie White.
Budak separuh siap bernama Carrie White ini ialah seorang outcast yang sangat naive dan seorang yang jahil murakkab sebab mak dia seorang yang sangat menakutkan tuhan...errr...ketakutan dan tak keruan bila bertuhan. Mak dia ialah seorang fundamentalis agama versi Old Testament yang melihat Tuhan seperti hantu yang perlu ditakuti. Namun demikian, Carrie White cuba menyedarkan maknya bahawa Tuhan itu tidaklah sejahat yang disangka maknya dan Tuhan itu bersifat maha pengasih dan penyayang. Disebabkan keadaan ibunya yang sangat jahil murakkab dalam mengenal Tuhan secara membuta tuli maka Carrie White terpaksa hidup di bawah tempurung sehinggakan pengetahuan tentang segala benda berkaitan duniawi semuanya ditutup dari dia dan dia dibutakan dari melihat dunia. Makanya sehinggalah satu hari emosinya tidak terkawal apabila satu insiden di bilik mandi gym sekolahnya telah membuka satu kebenaran yang amat nyata - Carrie White ialah seorang outcast versi limited edition!!! Sebab dalam satu zaman, Tuhan hanya keluarkan beberapa versi limited edition macam Carrie White nih kepada dunia itupun semata-mata untuk membuktikan kepada manusia yang buta hati macam Chris Haargensen bahawa Tuhan itu maha kuat dan retribution Tuhan lebih hebat dari setakat tuang sebaldi darah babi ke muka Carrie White!! Life and its irony!!!
Dalam filem ini banyak falsafah ketuhanan dan apa yang sebenarnya Tuhan mahu kepada kita, dijelaskan dengan secara hakikat dan makrifat oleh penulis fiksyen bernama King ini...dia memang King kalau cerita merapu-merapu macam nih...dalam filem ni dan juga novelnya, digambarkan keadaan manusia apabila membuat sesuatu tanpa berfikir dan menggunakan akal dan mencernanya dengan hati. Sepatutnya Carrie White berasa sangat bersyukur sebab ada jugak orang nak ajak dia pergi prom walaupun pada mulanya dia agak skeptik apabila mamat Tommy Ross tu ajak dia pergi prom. Namun demikian sebenarnya Carrie White ialah epitome kepada kemanusiaan yang minta untuk disayangi dan dinilai dengan sejujurnya bukan dengan sebaldi darah babi...tidak ketinggalan bagaimana Margaret White memberikan amaran kepada Carrie White jangan pergi ke prom tu seolah-olah menggambarkan kisah infiniti bagaimana Tuhan melarang Adam memakan buah "kejahatan dan kebaikan" yang menyebabkan kaum manusia di "outcast" dari realm ketuhanan yang innocent dan naive...namun pengakhirannya tidaklah seperti Tuhan yang mengampunkan dosa Adam setelah dia memakan buah "knowledge of good and evil" tu, sebaliknya mak Carrie cuba membunuh anak dia sendiri sebab dia malu...he he he!!! Apa taknya, sebaldi darah babi tuh! trauma seumur hayat tuh haaa!!!
Itulah kesilapan moyang kita dulu, makan buah terlarang dan dioutcast dek Tuhan sebab dia dah tahu benda yang Tuhan tak nak dia tahu...knowledge comes with a price...sama jugak macam si Carrie nih, bila dia tahu dia ada kuasa yang Tuhan kasih dia pinjam.,..apa dia buat? Dia jahanamkan semua yang tak sebulu dengan dia..
ha ha ha...sesungguhnya inilah satu lagi filem insaf dari realiti Twilight Zone!!!

