Disclaimer!

SILA GELAK SEPUAS HATI ANDA BILA MEMBACA BLOG SAYA...SAYA TIDAK MERASA OFFENDED SEDIKIT PUN...MALAH SAYA BERSYUKUR KERANA BERJAYA MENGHIBURKAN HATI ANDA DAN MEMBAWA SINAR BARU DALAM HIDUP ANDA...

I BELIEVE IN THE POWER OF GOOD AND EVIL AND WHAT YOU DID (LAUGHING YOUR ASS OFF AT MY BLOG) WAS SOMEHOW A BLESSING FOR ME...SEKURANG-KURANGNYA SAYA TAHU SAYA TIDAK KESEORANGAN DI DUNIA INI...SAYA ADA ANDA YANG GELAK PADA BLOG SAYA...

PLEASE DO NOT WORSHIP ME, I AM NO GOD...YOU ARE A GOD OF YOUR OWN SELF AND YOU SHOULD BE PROUD OF YOURSELF...I AM NOT MADE TO BE WORSHIPPED, IF YOU FOUND THAT I AMAZES YOU WITH MY STUPID ANECDOTE, BE AWARE THAT YOU ARE NOT AMAZED AT ME, BUT YOU ARE AMAZED AT GOD HIMSELF...SETELAH MENDAPAT HIKMAH MAKA PUJILAH TUHANMU...ALHAMDULILLAH...ITU AJE PERMINTAAN SAYA...


Impelitteri membawa aku kepada lagenda Dorothy Gale dan Wizard Of OOO's nya.


Sebelum aku cerita pasal filem nih aku nak cerita pasal satu band yang aku dengar zaman aku sekolah dulu - Impelitteri. Band ni ada cover satu lagu dari filem "The Wizard Of Oz" yang sangat asyik mahsyuk..."Somewhere Over The Rainbow". Seriously, bilamana aku mendengar lagu tu aku terus usha bluray asli The Wizard Of Oz dan aku tonton...

...dan setelah aku menonton filem 1939 tuh, baru aku tonton filem ni pulak...ini ialah filem ala-ala Hikayat Umar Umaiyyah yang aku baca zaman aku sekolah menengah dulu...seorang penipu, pendusta besar akhirnya jadi hero dan diangkat menjadi raja.

 Oscar Zoroaster Phadrig Isaac Norman Henkel Emmannuel Ambroise Diggs ialah seorang ahli silap mata yang penuh tipu muslihat. Dia selalu membohong dan menipu sehinggalah dalam satu aksi pertunjukan silap matanya, seorang budak berkerusi roda berjumpa dengan dia dan meminta dia membuatkan budak itu berjalan seperti orang lain. Malangnya Oz sendiri tahu dan sedar dia seorang penipu maka dia pun larilah dari budak itu. Akhirnya dia diligan oleh seorang wrestler dalam sarkis tu sebab sudah "screw" bini wrestler tuh...

...dan seperti biasa, manusia ni apabila kesusahan barulah dia mahu ingat Tuhan. Itu resam manusia lah kan?

dan akhirnya sekali dia tercampak dalam satu dunia yang lain dari dunia dia...

Filem ni mengajar kita mengenali bahawa apa yang orang nampak di luar diri kau, itu ialah satu pembohongan dan penipuan. Kau boleh mengkosmetikkan rupa sebenar kau dan kau boleh berlakon macam-macam dan boleh jadi munafik. Tapi kau tak boleh ubah apa yang ada dalam diri kau...fitrah semulajadi kemanusiaan kau yang tulen dan jitu...aku yakin filem ini berjaya menyedarkan aku bahawa, luaran itu hanya satu penipuan...yang kat "dalam" tu kau tak boleh tipu...

dan akhirnya Oz berjaya dunia dan "land of oz" nya!!!



Wikipedia

Search results

Powered By Blogger

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...